Petugas kesihatan adakalanya terpaksa mengorbankan kepentingan keluarga sendiri demi tugas kepada masyarakat. -Gambar hiasan AI
TUNTUTAN kerjaya sebagai petugas kesihatan, khususnya doktor di hospital kerajaan sememangnya bukan perkara mudah apabila terpaksa berdepan waktu kerja yang panjang serta jadual bertugas tidak menentu.Bagi lelaki ini, kesibukannya dan isteri sebagai doktor bukan sahaja mengorbankan masa bersama keluarga, malah pernah memaksa mereka meninggalkan dua cahaya mata masih kecil bermalam di taska demi memenuhi tanggungjawab kepada pesakit. Namun, satu pertanyaan polos daripada anak sulung mereka akhirnya menjadi titik perubahan membuatkan kedua-duanya nekad meninggalkan kerjaya di hospital kerajaan.Menerusi satu perkongsian di media sosial, lelaki tersebut menceritakan pengalaman disifatkannya sebagai detik paling sukar sepanjang berkhidmat.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas doktor ED dedah sisi gelap petugas kesihatan hospital kerajaan... Kerap terlepas waktu solat demi rawat pesakit kritikalARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum ini cuma ringan-ringan” - Doktor dedah kisah malang pemuda 23 tahun positif HIV lepas ‘celup’ gadis aplikasi janji temu"Titik terendah husband and wife doktor hospital."Biasa kami akan elak on-call hari sama tapi sebab tak cukup doktor (EL, MC dan sebagainya), ada bulan tu terpaksa on-call hari sama," katanya.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia dan isteri yang turut bertugas sebagai doktor di hospital kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menghantar dua anak mereka yang ketika itu masing-masing berusia empat dan dua tahun bermalam di taska."Jadi terpaksa hantar anak kecil berusia empat tahun dan dua tahun bermalam dekat taska dengan cikgu, sebab kami tak ada keluarga atau waris terdekat untuk jagakan," ujarnya.Bukan mudah buat seseorang yang bergelar wanita bekerjaya sanggup berhenti kerja dan memilih menjadi suri rumah. -Gambar hiasanMenurut lelaki itu, keputusan untuk meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM) akhirnya dibuat selepas mereka mengambil anak-anak di taska pada suatu hari.Katanya, pertanyaan yang diajukan anak sulung ketika itu benar-benar menyentuh hati mereka sebagai ibu bapa."Kami nekad exit KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bila ambil anak dekat taska, anak empat tahun dengan innocentnya bertanya, 'Abah, kenapa kawan-kawan dah balik dua kali dah dari taska, adik tak balik lagi?'"Anak kami masih di situ menanti kereta kami yang tak kunjung tiba. Tersentak sanubari sedih kami berdua. Ini bukan kehidupan yang kami mahu," luahnya.Seorang lelaki dan isterinya yang merupakan doktor hospital kerajaan terpaksa berdepan waktu kerja panjang dan jadual bertugas tidak menentu.Mereka pernah tinggalkan dua anak kecil bermalam di taska kerana perlu bertugas pada hari yang sama.Pasangan itu tiada ahli keluarga terdekat untuk membantu menjaga anak-anak ketika mereka bekerja.Mereka nekad meninggalkan KKM selepas pertanyaan polos anak sulung.Perkongsian itu meraih simpati ramai yang memahami pengorbanan petugas kesihatanRingkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang perhatian warga maya yang menyifatkan keputusan pasangan berkenaan sebagai sukar namun dibuat demi memberikan kehidupan lebih seimbang kepada keluarga."Nurse pun sama. Anak-anak selalu duduk lepak dekat surau NICU bila taska tutup. Suami pun kerja hospital."Sebak baca. Kami sebagai guru pun lebih kurang. Kami kena utamakan anak murid berbanding anak sendiri."Terima kasih atas pengorbanan dan khidmat anda. Semoga semua urusan dipermudah," demikian antara komen netizen.