Pelanggan sentiasa mahukan perkhidmatan terbaik setimpal dengan bayaran yang diberikan. -Gambar hiasan AI
BOLEH dikatakan hampir setiap kediaman dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi bagi memenuhi keperluan harian.Tanpanya, kehidupan harian seseorang boleh jadi kucar-kacir memandangkan kebanyakan aktiviti harian memerlukan sambungan internet. Bagaimanapun setiap teknologi itu datang dengan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.Internet merupakan keperluan isu rumah pada masa kini. -Gambar hiasan AINamun seorang juruteknik syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar mencuri perhatian apabila berkongsi penyebab kerosakan sebenarnya berpunca daripada pelanggan itu sendiri.Dakwanya, salah satu penyebab kepada kerosakan alat tersebut disebabkan ada segelintir pengguna yang gemar menonton filem lucah."Yang selalu tengok video 'blue' (lucah), kami tak datang baiki okay. Dah la tengok benda haram lepas itu paksa orang suruh baiki cepat.ARTIKEL BERKAITAN: “Patutlah kena tinggal” - Gadis tergamam duda berani sembang lucah, ‘brain wash’ hubungan intim sebelum kahwin buat lelaki makin sayangARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun hadap gangguan seksual, gadis dedah mesej lucah dikirim kekasih ibu... Buntu dihalang buat ‘report’"Mana tak jahanam internet kau, asyik tengok benda haram," katanya.Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian netizen yang mengecam kenyataan tersebut yang dianggap tidak masuk akal.Malah ada menganggap pekerja berkenaan sengaja mencipta alasan disebabkan tidak komited dengan kerja.Seorang pekerja jalur lebar mengaitkan gangguan internet dengan pelanggan yang didakwa menonton video lucah.Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan di media sosial.Ramai netizen mengecam dan menganggap ia tidak profesional.Ada yang menegaskan isu perkhidmatan tidak patut dicampur dengan urusan peribadi pelanggan.Perkongsian tersebut akhirnya menjadi perbincangan hangat mengenai etika kerja.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sibuk ambil tahu orang nak tengok apa. Kalau dah memang kerja kau baiki buat jelah. Kalau malas sila berhenti."Dosa peribadi tu cerita lain. Ini bab gangguan internet. Jangan nak provokasi dengan pelanggan. "Haram tak haram tu dosa dia dengan tuhan. Tanggungjawab korang baiki dan beri servis seperti terma dan syarat," komen warga maya.