STATUS sebagai pasangan kekasih bukan tiket untuk lelaki atau wanita melangkaui batas pergaulan sebelum melangkah ke fasa perkahwinan.Adab dan menjaga kehormatan pasangan perlu dititikberatkan agar tidak terjerumus dalam maksiat sebelum mempunyai sebarang ikatan sah. Seperti kisah gadis ini, dia berdepan pengalaman kurang menyenangkan selepas seorang lelaki yang baru dikenalinya cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.Berkongsi cerita, segalanya bermula selepas dia menceritakan perihal dirinya yang sedang berduka akibat putus cinta kepada lelaki tersebut.Segelintir individu diuji dengan kecurangan pasangan semasa tempoh pertunangan. -Gambar hiasan AI"Kami baru berkenalan dan dia tiba-tiba tanya soalan berbaur lucah. Aku pun cakaplah tak pernah buat kerja gila macam itu demi menghormati bakal suami aku."Kemudian dia cakap patutlah kena tinggal, you kena faham lelaki ini perlukan 'benda' itu," luahnya di Threads.Menurutnya lagi, apa lebih mengejutkan adalah lelaki tersebut turut menyatakan wanita yang melakukan hubungan seksual sebelum berkahwin lebih disayangi pasangan.Gadis terkejut lelaki baru dikenali tanya soalan lucah.Lelaki dakwa punca putus cinta sebab tak beri layanan seks.Turut kata wanita akan lebih disayangi jika penuhi kehendak pasangan.Gadis kecewa lalu terus putuskan hubungan dengan duda itu.Netizen nasihat wanita jangan mudah terpedaya dengan ‘gaslighting’.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau awak sayangkan pasangan, awak kena bagilah apa yang dia perlukan tu. Percayalah cakap I, kalau you bagi memang confirm semakin sayang," ujarnya berkongsi semula kata-kata individu tersebut.Terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang disifatkan tidak bermoral, dia mengambil keputusan memutuskan hubungan walaupun baru berkenalan.Pada masa sama dia turut mendedahkan status lelaki tersebut yang merupakan seorang duda.ARTIKEL BERKAITAN: Baru fasa suai kenal, kenalan lelaki kongsi fantasi lepas kahwin... Mahu berjimak atas kapal persiaran di Sepanyol!ARTIKEL BERKAITAN: Kenalan lelaki di P. Pinang ajak jumpa tapi tak muncul, wanita KL makan rojak sotong sambil menangis... Sia-sia cuti 5 hari!Hantaran tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga maya yang mengingatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dengan taktik 'gaslighting' seperti itu."Kalau setakat bagi 'benda' itu jadi makin sayang, tak adalah kes cerai-berai berlaku."Ayat murahan je tu, nak pancing dan nasib baik awak ni pandai serta tak mudah terpedaya."Jantan macam ini jenis habis madu, sepah dibuang," demikian reaksi netizen.