KETIKA kita berada dalam era digital hari ini, golongan muda semakin selesa menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk berkenalan, berhubung dan membina hubungan.
Begitu juga yang dilalui wanita ini apabila dia berkenalan dengan seorang pemuda di media sosial, sebelum kedua-duanya berhasrat untuk bertemu buat kali pertama.
Katanya, dia bersetuju bertemu lelaki itu kerana dilihat stabil, berkerjaya dan berperwatakan baik ketika mereka berhubung secara dalam talian.
Wanita perlu berfikir sebaik-baiknya sebelum melangsungkan pernikahan dengan seseorang lelaki. -Gambar hiasan
"Dia dari Cyberjaya, umur 31 tahun dan aku rancang nak habiskan cuti tahunan yang berbaki ni dengan bertemu dengan dia.
"Jadi sebelum pertemuan tu kami masih berbual macam biasa hinggalah berlaku sebaliknya," luah wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenal melalui media sosial, wanita dirogol ketika lepak dengan lelaki di hotel
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bercinta, wanita rupanya terjerat ‘rebound relationship’ dengan suami orang! Syukur dapat petunjuk lepas solat tahajud
Katanya, perbualan mereka mengenai kehidupan berubah kepada topik yang dianggap keterlaluan apabila lelaki itu berkongsi impiannya selepas berkahwin.
"Dia ada impian selepas kahwin iaitu nak berjimak atas private cruise di Sepanyol sambil ada orang rakam.
“Terlalu spesifik dan mengejutkan. Astagfirullah terus aku block, tak boleh jadi normal ke," katanya.
- Wanita terkejut apabila kenalan lelaki dedahkan impian selepas kahwin yang keterlaluan.
- Mereka merancang untuk bertemu buat kali pertama selepas berhubung lama di media sosial.
- Lelaki berusia 31 tahun itu kelihatan stabil dan berperwatakan baik sebelum kejutan berlaku.
- Impian lelaki melibatkan perbuatan intim di kapal persiaran sambil dirakam, menyebabkan wanita menyekatnya.
- Netizen menegaskan pentingnya mengenali perangai sebenar sebelum terlalu rapat.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dia menyekat terus lelaki tersebut dengan segera.
"Hujung-hujung terkeluar juga perangai sebenar dia macam mana.
"Pelik betul jantan macam ni? Dia terpengaruh dengan filem orang putih ke ni?," komen netizen.


