suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenal melalui media sosial, wanita dirogol ketika lepak dengan lelaki di hotel

Wanita tidak sepatutnya mempercayai lelaki yang baru dikenali di media sosial. -Gambar hiasan

SEORANG pelancong wanita mendakwa dirogol selepas bertemu dengan lelaki yang dikenalinya menerusi media sosial.

Wanita warga Britain itu tiba di India kira-kira 45 hari lalu dan menginap di sebuah hotel di Mahipalpur, Delhi.

Dia berkenalan dengan Khailash, 24, melalui Instagram sebelum mereka bertemu di hotel untuk minum alkohol.

Mangsa mendakwa dirogol oleh lelaki itu ketika berada di dalam bilik.

Ketika membuat laporan polis, wanita itu berkata dia turut dicabul oleh seorang petugas hotel ketika berada di dalam lif.

Timbalan Pesuruhjaya Polis (South West), Surendra Chaudhary, mengesahkan dua laporan berasingan dibuat bagi kes ini.  

Dua suspek juga sudah ditahan bagi membantu siasatan. - Agensi.

Artikel Lain