suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bergaduh kerana permainan ‘online’, tiga remaja tergamak tikam rakan hingga mati

Pelaku kes jenayah membunuh akan dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

TIGA remaja ditahan atas dakwaan membunuh rakan mereka yang berusia 13 tahun selepas bergaduh mengenai permainan dalam talian (online).

Menurut polis, kejadian yang berlaku pada petang Selasa itu berpunca apabila mangsa yang sedang bermain permainan Free Fire enggan memberikan pengenalan (ID) miliknya apabila diminta rakan-rakannya.

Berang mangsa menolak, ketiga-tiga remaja berkenaan merancang untuk membunuhnya. 

Mereka mempelawa mangsa ke taman dengan alasan mahu bermain bersama-sama.

"Sebaik mangsa tiba, seorang daripada suspek menahannya manakala dua lagi menikamnya berulang kali.

"Mangsa mengalami kecederaan di leher, perut dan tangan," kata jurucakap polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Gujerat, India.

Abang mangsa yang terdengar suara jeritan berlari ke tempat kejadian sebelum menemui adiknya yang sedang dalam keadaan berlumuran darah.

Ketiga-tiga suspek pantas melarikan diri selepas melihat abang mangsa, namun polis berjaya menahan mereka.

Kes disiasat di bawah Akta Keadilan Juvana. -Indiatoday

Artikel Lain