suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri pendam rasa suami dingin depan keluarga sendiri, lebih suka asingkan diri dalam bilik - “Tiada ‘effort’ nak borak atau bercampur”

Tekanan atau kepenatan membuatkan seseorang lebih gemar mengasingkan diri untuk mencari ketenangan. -Gambar hiasan AI

BAGI pasangan yang sudah berumah tangga, layanan terhadap keluarga mentua sering dianggap sebagai cerminan rasa hormat dan usaha menjaga hubungan kekeluargaan.

Namun bagi seorang wanita, kegembiraan menerima kunjungan ibu bapa dan adik-beradiknya dari jauh bertukar menjadi rasa kecewa apabila suaminya didakwa bersikap dingin seolah-olah tidak mengalu-alukan kehadiran keluarganya.

"Mak ayah datang semalam dari jauh, tidur satu malam dekat rumah kitorang. Memandangkan mereka jarang datang sini, adik beradik saya pun nak datanglah berkumpul sekali. 

"Meriahlah rumah siap sambut birthday abah dan anak sulung sekali. Tapi terasa betul dengan suami. 

"Dah lah kitorang jarang dapat jumpa mak ayah dan adik beradik, dia tiada effort langsung nak borak-borak atau duduk becampur," kongsinya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami enggan serumah dengan mentua, anak tunggal dilema tinggal ibu keseorangan... Bimbang jatuh hukum derhaka

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘bising’ tak belikan hadiah untuk mak dia… Isteri akhirnya ‘meletup’, dedah perangai sebenar ibu mentua

Menurut wanita itu, suaminya hanya membuat hal sendiri dan lebih senang membelek telefon bimbit berbanding berbual dengan keluarganya.

Pada mulanya, dia cuba menyedapkan hati dengan menganggap suaminya mungkin keletihan selepas bekerja.

Namun apabila dia sendiri bertanya keadaan suaminya, jawapan diterima benar-benar mengguris perasaannya.

Kehadiran ahli keluarga ada kalanya mengundang rasa kurang senang pasangan atas faktor privasi. -Gambar hiasan AI  

"Larilah kejap naik atas tanya suami, okay ke tak tu. Dia boleh jawab, penat sikit sebab ramai orang. Kita terasa gila. 

"Bukan kita minta dia buat air ke kena masak ke, just duduk duduk sama-sama dan tunjuk muka je lah.

"Dia boleh buat muka terpaksa, hadap phone dekat sudut takde orang, makan pun kena panggil dua tiga kali," luahnya.

Tambah wanita tersebut, dia hanya mengharapkan suaminya meraikan kehadiran keluarganya yang jauh dan berkunjung sekali sekala ke rumah mereka, sama seperti layanan diberikan kepada mentua. 

  • Seorang wanita kecewa dengan sikap suami ketika ibu bapa dan adik-beradiknya datang bermalam di rumah.
  • Suami didakwa lebih banyak mengasingkan diri, bermain telefon dan kurang bergaul dengan keluarga mentua.
  • Wanita itu terasa apabila suami mengakui penat kerana rumah dipenuhi ramai orang.
  • Dia hanya mengharapkan suami meluangkan masa bersama keluarganya, seperti layanan yang diberikannya kepada mentua.
  • Ada netizen menyokong wanita berkenaan manakala sebahagian lagi berpendapat suaminya mungkin penat atau kurang selesa.

"Rumah parents dia lima minit je dari rumah kitorang, adik beradik pun semua duduk rumah parents dia lagi. Nak jumpa, rindu bila-bila boleh pergi jumpa. 

"Waktu-waktu macam ni memang nak ungkit je segala penat lelah kita melayan parents dia. Kita tak marah suami, cuma kecewa," akhirnya.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya, dengan rata-ratanya memahami kekecewaan wanita tersebut. 

Mereka berpendapat, tuan rumah sekurang-kurangnya harus bersua muka dan berbual seketika sebagai tanda menghormati keluarga pasangan.

Namun ada juga berpendapat perkara sedemikian tidak perlu diperbesarkan memandangkan emosi seseorang lazimnya berubah ekoran rasa penat atau tidak selesa berada dalam suasana terlalu ramai. 

Artikel Lain