suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut kena gelak dekat balai... Pemuda mangsa gangguan seksual ‘housemate’ lelaki malu lapor polis, susah tunjuk bukti

Menceroboh bilik seseorang dengan niat mengganggu atau mengintip juga termasuk sebagai salah satu bentuk gangguan seksual. -Gambar hiasan AI

BAYANGKAN, ketika sedang nyenyak tidur di dalam bilik sendiri, tiba-tiba ada individu lain yang menceroboh masuk dalam keadaan gelap.

Itulah detik cemas dan trauma yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki apabila mendakwa dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh rakan serumah sendiri.

Menurut lelaki itu, kejadian yang berlaku membuatkan dia rasa tidak selamat untuk terus menetap di rumah berkenaan kerana mendakwa biliknya turut diceroboh ketika sedang nyenyak tidur.

Bilik tidur merupakan ruang privasi seseorang. -Gambar hiasan AI

"Kalau kena sexual harassment dengan lelaki gay, apa yang anda akan buat?

"Aku dah rasa tak selamat duduk dekat rumah sendiri sebab bilik berkunci pun dia boleh masuk time aku tengah tidur," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. 

Lebih menakutkan, lelaki tersebut mendedahkan bahawa perbuatan terkutuk itu bukanlah kali pertama membabitkan individu yang sama.

Dakwanya, rakan serumahnya itu sebelum ini pernah ditangkap memasuki bilik penyewa lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Gay dekat rumah suka 'menggatal', suami pula tak bagi tegur... Isteri tunggu masa nak 'meletup' - "Membara jiwa pahlawan aku"

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern cuak diganggu jiran gay! Gigih tutup tingkap, kunci pintu... tiba-tiba dah ada dalam rumah sewa

"Cerita benar guys. Bukan bohong. Sebelum ni dia dah pernah kantoi masuk bilik housemate lain. Ingatkan dia dah insaf. Tahu-tahu dah terpacak dekat bilik aku dalam gelap pagi tadi," ceritanya.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan mengakui buntu memikirkan tindakan yang perlu diambil kerana khuatir kejadian sama akan berulang.

Malah, pengadu turut mendapatkan pandangan warga maya sama ada dia wajar membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

"Adakah keterlaluan kalau aku buat police report? Sebab ini bukan pertama kali jadi. 

"Aku pernah baca, kalau polis dapat report lelaki kena sexual harassment, memang kena gelak je dekat balai. Aku dah tak tahu nak buat apa," tulisnya.

  • Seorang lelaki mendakwa jadi mangsa gangguan seksual oleh rakan serumah.
  • Dia mendakwa bilik tidurnya turut diceroboh ketika sedang tidur.
  • Dakwanya, kejadian berkenaan bukan kali pertama berlaku kerana rakan serumahnya yang lain pernah alami gangguan sama.
  • Dia buntu sama ada perlu membuat laporan polis kerana bimbang ia tidak dianggap serius.
  • Warga maya menasihatkan supaya membuat laporan polis serta menyimpan bukti selain mengutamakan keselamatan diri.

Di ruangan komen, warga maya tampil memberikan kata semangat selain menyuarakan beberapa cadangan bagi mengatasi situasi yang dialaminya.

"Elakkan tindak balas fizikal macam sepak terajang, nanti tak pasal-pasal dia report polis, kau pun kena. Kalau dia masih buat, sila report polis. 

"Cuba buat perbualan melalui WhatsApp untuk dapatkan bukti dokumentasi.

"Buat report je bro! Lelaki berhak untuk selamat," komen netizen.

Artikel Lain