suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami ‘bising’ tak belikan hadiah untuk mak dia… Isteri akhirnya ‘meletup’, dedah perangai sebenar ibu mentua

Konflik rumah tangga perlu segera diselesaikan secara matang melalui komunikasi terbuka. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkerjaya meluahkan rasa kecewa apabila suaminya sering mempertikaikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan demi menggembirakan ibu serta adik-beradik kandungnya sendiri.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila dia turut didesak agar memberi layanan dan hadiah yang sama rata kepada ibu mentuanya.

Tekanan itu akhirnya memaksa wanita ini mendedahkan satu rahsia pahit iaitu setiap barangan yang dibelikan untuk ibu mentuanya sebelum ini pasti akan dihadiahkan atau disedekahkan semula kepada orang lain.

"Suami aku macam tak suka aku manjakan keluarga sendiri. Apabila aku beli apa-apa untuk mak aku... mesti dia akan tanya ada belikan untuk ibu dia ke tidak.

Pemberian seseorang perlulah dihargai dengan baik. -Gambar hiasan AI

Pemberian seseorang perlulah dihargai dengan baik. -Gambar hiasan AI

"Disebabkan banyak kali dia tanya, aku pun jelaskan apa yang terbuku. Aku dedahkan bahawa setiap barang yang aku belikan untuk ibu dia, mesti akan disedekahkan pada orang lain," luahnya di Thread.

Mengakui hatinya sangat tergores dan berasa tidak dihargai dengan sikap ibu mentuanya itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak lagi memberikan apa-apa hadiah kepada warga emas berkenaan.

Baginya, menjaga emosi dan ketenangan hati sendiri adalah jauh lebih baik berbanding terus berbakti kepada pihak yang tidak pandai menghargai pemberian orang.

"Buat apa nak beli barang untuk orang yang tak tahu hargai pemberian kita.

  • Wanita kecewa suami pertikai belanja untuk keluarga sendiri.
  • Dakwa suami mahu layanan sama diberi kepada ibu mentua.
  • Setiap hadiah diberi pada mentua disedekahkan kepada orang lain.
  • Terkilan kerana rasa pemberian tidak dihargai.
  • Netizen nasihat bincang baik dengan suami elak konflik berpanjangan.

"Saya cakap pada suami... selama ni saya bagi pada ibu, tak pernah sekali pun tengok dia pakai, tahu-tahu ibu cakap dah bagi orang lain," adunya dalam nada kecewa.

Menurut wanita ini, impak daripada pendedahan berani yang dibuatnya itu, hubungan mereka suami isteri kini semakin renggang sehingga tidak lagi bertegur sapa.

Lebih mengejutkan, suaminya seolah-olah enggan menerima kenyataan dan menuding jari menyalahkannya sepenuhnya atas apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkedu, hati budi mentua terbongkar lepas 'tipu' suami belikan emas! - "Dalam Islam, mak nombor satu"

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu tarikh, wanita merentan keluarga mentua tak pernah ucap ‘birthday’ - “Saya balas balik apa mereka buat”

Perkongsian luahan perasaan itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, yang rata-ratanya sangat memahami badai emosi yang sedang dilalui wanita terbabit.

Bagaimanapun, tidak kurang juga netizen yang menitipkan nasihat agar pasangan ini segera duduk berbincang secara baik demi mengelakkan konflik rumah tangga mereka menjadi lebih berpanjangan.

"Dia pernah beli apa-apa untuk mak awak tak? Kalau tak pernah memberi, jangan berharap diberi kot.

"Sebab inilah saya tak pernah bagitahu suami atau mentua kalau saya belikan apa-apa barang pada keluarga saya," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain