Perbuatan mencuri barang atau harta benda hotel adalah satu kesalahan jenayah yang boleh didakwa di mahkamah. -Gambar hiasan AI
HOTEL sememangnya menyimpan 1001 kisah misteri dan pelik yang sukar dipercayai sepanjang tempoh operasi mereka.Bagi seorang pekerja hotel, antara pengalaman paling tidak boleh dilupakan sepanjang kerjayanya adalah apabila terpaksa berdepan dengan sebuah keluarga yang mempunyai tabiat kleptomania (ketagih mencuri) tegar setiap kali datang menginap. Menurutnya, keluarga terbabit sering datang bermalam pada hujung minggu dan pastinya akan meninggalkan 'kesan jenayah' setiap kali mereka mendaftar keluar.Kebiasaannya pihak hotel tidak memeriksa keadaan bilik ketika daftar keluar. -Gambar hiasan AI"Setiap hujung minggu mereka memang suka tidur hotel. Masalahnya mereka ini kleptomania."Bukan setakat rembat tuala, tapi juga peralatan elektrik seperti pengering rambut, televisyen dan sebagainya," kongsinya tanpa mendedahkan lokasi hotel yang dimaksudkan.Untuk makluman, kleptomania ialah gangguan kesihatan mental yang menyebabkan seseorang gagal menahan dorongan berulang kali untuk mencuri barang yang secara amnya tidak diperlukan atau tidak bernilai.ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah kotor, budak mandi dalam kolah” - Wanita seram sejuk beraya kampung suami di Kelantan, bimbang dicop biadab tidur hotelARTIKEL BERKAITAN: Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamuDakwanya lagi, taktik licik keluarga itu mula dikesan apabila mereka dilihat kerap keluar ke pusat beli-belah berhampiran sebelum pulang semula ke hotel dengan membawa beberapa kotak besar yang kelihatan mencurigakan."Lepas check out, televisyen hilang. Rupanya mereka bawa kotak kosong je ke hotel untuk sembunyikan televisyen."Malah bukan hotel kami je, tapi hotel-hotel lain di Lembah Klang pun melalui perkara yang sama," katanya.Menyedari taktik kotor tersebut, beberapa hotel di sekitar Lembah Klang mula mengambil tindakan drastik dengan berkongsi maklumat sesama sendiri untuk bersiap sedia sekiranya keluarga terbabit muncul kembali."Masing-masing dah bersedia untuk tangkap mereka tapi lama juga mereka senyap. Hingga lepas beberapa bulan, famili tu pun datang.“Kali ni semua staf memang dah standby. Front desk sengaja tahan mereka sekejap masa check out sementara sekuriti pergi periksa bilik,” katanya.Pekerja hotel dedah keluarga yang didakwa kerap mencuri setiap kali menginap.Antara barang hilang termasuk tuala, hairdryer dan televisyen hotel.Mereka guna kotak kosong untuk sorok barang curi sebelum keluar hotel.Hotel sekitar Lembah Klang dikatakan sudah bersedia dan saling berkongsi maklumat.Akhirnya karpet bawah katil pula didapati dipotong dan dibawa lari tanpa disedari.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati semua barang berada dalam keadaan lengkap serta tiada yang hilang dan keluarga itu dibenarkan pulang seperti biasa.Namun, kira-kira sejam kemudian, seorang kakitangan yang masuk untuk membersihkan bilik mula berasa pelik apabila mendapati keadaan bawah katil kelihatan tidak seperti biasa.“Staf tu memang jenis teliti. Dia siap vacuum bawah katil sekali. Apabila dia alih katil sedikit, semua terkejut. "Rupa-rupanya, karpet di bawah katil telah dipotong kemas dan dibawa lari tanpa disedari sesiapa," katanya.Menurutnya, kejadian tersebut paling tidak masuk akal yang pernah berlaku sepanjang dia bekerja di hotel."Selepas insiden tu, keluarga berkenaan pun tak pernah lagi muncul di hotel terbabit," katanya.