suria

“Rumah kotor, budak mandi dalam kolah” - Wanita seram sejuk beraya rumah datuk suami di Kelantan, bimbang dicop biadab tidur hotel 

Wanita anak kecil amat menitik berat soal kebersihan. -Gambar hiasan AI

MENJELANG hari raya tidak lama lagi bukan kegembiraan dirasai oleh seorang wanita ini sebaliknya tekanan hanya kerana perancangan pulang beraya bersama keluarga menjadi konflik dengan mentua.

Menurut wanita itu, mengikut perancangan awal dia akan menyambut hari raya di kampung halamannya terlebih dahulu sebelum bergerak ke Perak menziarahi keluarga belah suami.

Namun perancangan itu berubah apabila ibu mentuanya meminta mereka pulang ke Kelantan untuk menziarahi datuk suami, sesuatu yang kurang dipersetujuinya.

Jelasnya, dia tidak suka pulang ke Kelantan kerana rumah datuk suaminya kotor yang membuatkan dia tidak selesa.

Menantu sering berdepan masalah bila bersama ibu mentua. -Gambar hiasan AI

Menantu sering berdepan masalah bila bersama ibu mentua. -Gambar hiasan AI

Selain itu, wanita berkenaan mendakwa dia tidak gemar bermalam di rumah tersebut kerana keadaannya yang terlalu sesak dengan saudara mara lain.

"Aku kena paksa tidur dalam bilik datuk dia, habis badan anak aku kena gigit.

"Adik-beradik dia ada lapan orang tak termasuk saudara mara yang lain. Sudahlah rumah pun tak pernah terurus dan kotor. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cadang suami isteri berkorban, minta tidur berasingan apabila beraya di kampung... Harap berlapang dada soal aurat!

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamu

"Bayangkan lampin pakai buang dibiarkan macam itu sahaja, bilik air berkolah dan anak-anak merka mandi dalam kolah itu," jelasnya.

Lebih membuatkan tekaknya kembang, air di dalam kolah berkenaan tidak diganti walaupun selepas kanak-kanak itu mandi di dalamnya.

Disebabkan faktor itu, wanita tersebut ada bercadang menginap di hotel berhampiran dan menziarah keluarga pada waktu siang namun bimbang tindakan tidak menghormati keluarga mentua.

  • Wanita stres apabila rancangan balik raya berubah selepas diminta bermalam di rumah datuk suami.
  • Dia tidak selesa dengan rumah sesak dan isu kebersihan kolah yang digunakan ramai.
  • Wanita bimbang kesihatan anak kecil selepas bermalam di sana.
  • Dia mencadangkan tidur hotel demi keselesaan diri dan anak.
  • Netizen menyarankan utamakan kesihatan berbanding menjaga hati.

"Salah ke kalau aku tidur hotel? Aku datang la awal-awal pagi rumah datuk dia. Mak bapa mentua pun tak fikir aku ini nak menyusu anak pun susah," luahnya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan wanita itu menginap sahaja di hotel demi keselesaan tanpa perlu bimbang perasaan orang lain.

"Tempah jer hotel dari tidur ramai-ramai dekat tempat kotor, kemudian jadi tak selesa nak beraya.

"Bincang dengan suami, awak ada anak yang masih menyusu. Tempah hotel cepat sebelum penuh," antara komen netizen.

Artikel Lain