suria

‘Beauty privilege’ itu wujud... Pelanggan berwajah ‘awam’ dilayan sebelah mata, wanita cantik bukan main mesra!

Setiap pelanggan pastinya mengharapkan layanan mesra ketika memasuki sesebuah premis perniagaan. -Gambar hiasan AI

KEDENGARAN macam tidak masuk akal tetapi beauty privilege itu nyata wujud dalam kehidupan seharian.

Seperti dialami wanita ini, dia mendakwa menerima layanan berbeza berbanding rakannya yang berwajah jelita ketika berkunjung ke sebuah premis perniagaan baru-baru ini.

Dalam hantaran yang membincangkan isu tersebut, dia mendakwa dilayan acuh tidak acuh namun pelayan kafe tiba-tiba bertukar ceria ketika berkomunikasi dengan rakannya.

"Beauty privilege is real. Hari tu saya pergi ke sebuah kafe dengan kawan aku. Dia cantik dan kurus, pandai bergaya. 

Setiap wanita memiliki kecantikan tersendiri. -Gambar hiasan AI

"Masa masuk tu, ada staf lelaki pandang aku atas bawah dan jeling. Tapi dengan kawan aku, dia siap senyum dan ucap selamat datang," tulisnya di Threads.

Tidak terhenti di situ, dia mendakwa pelayan tersebut juga menjawab pertanyaannya dengan kasar, namun mampu bercakap dengan sopan ketika dipanggil rakannya.

"Aku tanya macam mana nak order? Dia kata order dekat meja dengan nada suara yang kasar dan tiada mood. Aku suruh kawan aku pula yang tanya.

  • Wanita kongsi pengalaman berdepan isu 'beauty privilege' di sebuah kafe.
  • Dia kesal dilayan dingin sedangkan rakannya yang jelita disambut dengan mesra.
  • Wanita itu membuat hantaran Thread untuk menegur sikap pelayan lelaki berkenaan.
  • Netizen luah rasa berang dan menyelar sikap pekerja itu yang membeza-bezakan pelanggannya.

"Aku tengok staf lelaki tu cakap dengan dia baik je, siap senyum lagi. Sumpah insecure. Tujuan aku post ni supaya orang lain tahu dan ambil pengajaran.

"Layanlah setiap orang tu sama rata, tak kisahlah orang itu macam mana sekali pun. Nak orang layan kita baik, kita pun kena layan orang dengan baik," pesannya.

Tambah wanita itu, pelayan berkenaan memiliki fizikal yang pendek dan berkulit gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: Real sangat! Foto wanita Melayu jelita rupanya AI... Ramai bimbang masa depan, gerun fikir fitnah akhir zaman

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jelita rasa bosan, cuba 100 pekerjaan berbeza... Masuk sehari terus letak jawatan

Di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati wanita itu supaya terus yakin dengan diri sendiri dan tidak terkesan dengan sikap biadab segelintir pihak.

"Perangai staf macam minta kaki, tak sedar diri. Tak layak jadi pekerja kalau dengan pelanggan pun memilih. Kafe mana ni? Biar saya datang ludah muka dia.

"Harap lelaki tu kena benda yang sama. Nanti barulah dia  belajar cara beradab dengan orang tanpa mengira rupa," tulis netizen.

Artikel Lain