suria

Rumah di kampung bukan destinasi percutian... Perantau diminta jangan layan anak tinggal dengan mak ayah seperti bibik!

Adik-beradik disaran tidak mengambil kesempatan kepada anak yang tinggal bersama ibu bapa. -Gambar hiasan AI

MENJELANG Aidilfitri, seorang individu tampil berkongsi peringatan buat adik-beradik agar lebih bertimbang rasa terhadap ahli keluarga yang tinggal bersama ibu bapa di kampung.

Individu tersebut menasihatkan supaya adik-beradik yang jarang pulang agar tidak bersikap terlalu keras atau mudah menyalahkan mereka yang menjaga ibu bapa sepenuh masa.

Katanya, topik paling sensitif tentunya berkaitan keadaan rumah, kebersihan atau urusan penyediaan makanan.

Anak cucu pulang ke kampung cukup dinanti setiap ibu bapa. -Gambar hiasan AIAnak cucu pulang ke kampung cukup dinanti setiap ibu bapa. -Gambar hiasan AI

"Jangan marah-marah kalau rumah bersepah atau suruh kemaskan bilik. Jangan juga arahkan mereka masak untuk anda ya.

"Mereka dah serahkan jiwa dan raga dengan berkorban untuk jaga mak ayah," katanya.

Menurutnya, anak yang tinggal bersama ibu bapa sebenarnya banyak bertolak ansur dalam memastikan adik-beradik lain dapat menjalani kehidupan bersama keluarga sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tak izin duduk hotel, hari raya kena berkumpul... Wanita menyusu badan bimbang soal aurat, tidur lambak depan ruang tamu

ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan jadi lalat, mulut tutup!” - Wanita bagi peringatan ‘makan dalam’, jaga adab atau dibenci masa raya

"Jangan jadikan rumah kampung macam tempat bercuti, balik semua dah tersedia. Kemudian apabila nak pulang tinggalkan kerja dan sampah.

"Mungkin mak ayah suruh yang tinggal sekali ni buat itu ini, tapi jangan pula anda ambil kesempatan," tegasnya.

Katanya, situasi boleh menjadi lebih sukar jika individu yang selama ini menjaga ibu bapa terasa hati dan memilih untuk menjauhkan diri.

  • Individu ingatkan adik-beradik supaya hargai yang tinggal bersama ibu bapa.
  • Jangan marah atau bebankan mereka ketika pulang beraya.
  • Anak yang tinggal bersama banyak berkorban.
  • Tanggungjawab patut dikongsi bersama.
  • Perkongsian itu raih sokongan netizen

“Sepanjang kita tak ada, dialah yang masak dan kemas untuk mak ayah. Jadi apabila raya, apa salahnya kita pula ambil giliran buat semua.

"Secara tak langsung semua tanggungjawab jadi ringan dan semua orang boleh gembira,” katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai kerana dianggap sebagai peringatan penting terutama dalam memastikan hubungan adik-beradik terus harmoni dan saling menghargai.

"Orang selalu kata... yang dekat bau busuk, yang jauh bau wangi. Jadi saya selalu ingatkan mereka yang tak duduk dengan mak ayah untuk hargai adik-beradik yang berkorban.

"Saya sebagai anak yang tinggal dengan mak ayah setuju dengan kenyataan ni. Balik kampung jangan nak bising-bising," komen netizen.

Artikel Lain