suria

Tak sia-siakan sesi taaruf, wanita tolak cadangan tunang ‘upgrade’ kereta Honda lepas kahwin... Ada hati ajak kongsi bayar hutang!

Kebanyakan anak muda memasang impian untuk memiliki kenderaan berjenama Honda. -Gambar hiasan AI

ISU pembahagian komitmen kewangan selepas berkahwin sering menjadi topik hangat dalam kalangan pasangan muda.

Namun bagi wanita ini, dia memilih untuk bertegas apabila tunangnya memberi bayangan ingin berkongsi separuh daripada bayaran komitmen.

Ia susulan lelaki terbabit meluahkan hasrat untuk 'menaik taraf' kenderaan daripada jenama tempatan kereta buatan Jepun.

"Tunang aku dah ada rumah jenis apartment yang baru dan kereta Perodua Myvi, baru berusia dua tahun.

Lelaki perlu bersedia memikul tanggungjawab dan amanah selepas mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

Lelaki perlu bersedia memikul tanggungjawab dan amanah selepas mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Aku bersyukur dia sediakan sebelum kahwin. Tapi baru-baru ni dia ada cakap dengan aku  yang ayah dia nak cari kereta Myvi untuk buat e-hailing.

"Jadi dia bercadang nak bagi ayah dia pakai Myvi tu dan bayar bulanan, kemudian dia keluarkan Honda," ujarnya di Thread.

Menurut wanita ini, tunangnya juga sering bercerita tentang pendirian isteri kepada rakan-rakannya yang sanggup berkongsi bayaran bulanan dan komitmen rumah.

Malah katanya, lelaki tersebut secara berseloroh mengharapkan perkara sama ketika meluahkan keinginan untuk naik taraf model kereta.

  • Wanita tegas tolak cadangan tunang mahu kongsi bayaran kereta dan rumah selepas kahwin.
  • Tunang rancang ‘upgrade’ dari Myvi ke Honda dan beri kereta lama kepada bapanya.
  • Lelaki beri contoh rakan kongsi komitmen kewangan dengan isteri.
  • Wanita anggap bayaran rumah dan kereta tanggungjawab nafkah suami.
  • Netizen puji ketegasan dan tahap celik kewangan wanita itu.

"Dia cerita yang kawan dia baru tukar kereta dari Myvi ke HRV dan share bayaran bulanan dengan isteri.

"Kalau kita dah kahwin nanti, bolehlah keluarkan Honda juga... share," ujarnya berkongsi butir perbincangan tersebut.

Susulan cadangan yang diberikan itu, tanpa berselindung wanita ini menolak secara langsung permintaan berkenaan.

"Saya terus cakap straight to the point tanpa tapis. Saya katakan... tak mahu sebab memang nak awak bayar kereta dan rumah sebagai nafkah asas

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal ajar konsep ‘kongsi-kongsi’ zaman bercinta, dah kahwin baru sedar lelaki naik lemak kalau dibantu bab duit

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kongsi dugaan kahwin wanita Arab, tuntut nafkah batin sepanjang hari! - “Setiap kali solat kena mandi wajib”

"Dah mampukan yang sekarang? Apa manfaat upgrade lifestyle kalau rasa terbeban dengan komitmen?" tegasnya ketika menolak permintaan tersebut.

Pada masa sama, dia menasihati tunangnya supaya tidak terperangkap dengan gaya hidup yang melampaui kemampuan serta hindari sifat suka membandingkan kehidupan orang lain. 

"Saya cakap elok-elok dengan dia... saya tahu awak selalu cerita pasal isteri kawan itu ini, tapi saya dengar saja

"Itu bahagian dia, jangan ikut life orang, kalau awak nak bandingkan, saya pun boleh bandingkan awak dengan suami kawan-kawan saya yang semuanya tak mengharapkan isteri pun," katanya lagi.

Reaksi netizen.

Reaksi netizen.

Walaupun tegas dalam isu bayaran rumah dan kereta, wanita ini menjelaskan bahawa dia bukannya kedekut, sebaliknya mahu meletakkan tanggungjawab nafkah di tempat yang betul.

Malah dia mengakui bersedia untuk mengeluarkan belanja bagi perkara-perkara tambahan atau kemahuan yang diminta olehnya sendiri, bukannya hutang jangka panjang lelaki tersebut.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya memberi ucapan tahniah kerana dia bertegas tentang isu  nafkah.

"Tahniah, awak ada financial literacy yang tinggi.

"Seronok sikit baca Thread  yang cerdik hari ini, selalu jumpa yang aneh-aneh," ujar netizen.

Artikel Lain