PERKAHWINAN pasangan berlainan bangsa sering dianggap unik dan menarik, namun realitinya tidak semudah yang disangka.
Ia bukan sekadar penyatuan antara dua jiwa, sebaliknya pertembungan budaya yang asing dan berbeza.
Di aplikasi Thread, seorang individu turut meraih perhatian selepas berkongsi kisah rakannya yang beristerikan wanita Arab.

Hubungan intim merupakan salah satu elemen penting dalam hubungan suami isteri. -Gambar hiasan
Dakwa pemuda itu, rakannya berdepan masalah rumah tangga apabila wanita Arab itu memiliki keinginan seks yang tinggi.
"Kawan aku Melayu nikah dengan perempuan Arab. Comel bini dia. Mula-mula okey la. Lepas empat bulan, bini dia minta cerai.
"Nak tahu sebab apa? Bini dia minta seks sampai sembilan kali sehari. Dan member aku tu tak mampu nak tunaikan sebanyak itu.
- Seorang lelaki Melayu berkongsi kisah rakannya berkahwin dengan wanita Arab.
- Isteri menuntut hubungan seks sehingga sembilan kali sehari.
- Timbul konflik sehingga pasangan itu perlu jumpa kaunseling.
- Lelaki itu mula mengambil ubat khas untuk tenaga dalaman.
- Masalah diselesaikan dan mereka kini bahagia dengan enam anak.
"Masa sesi kaunseling, bini dia cakap itu hak dia, suami kena beri," tulis lelaki itu.
Di sebalik masalah itu, pemuda tersebut berkata rakannya berjaya mencari solusi dan kini bahagia dengan enam cahaya mata.
"Atas nasihat beberapa kawan, member aku pergi beli ubat. Bolehlah perform. Alhamdulillah, perkahwinan mereka kekal.
ARTIKEL BERKAITAN:Konon nak halang suami ‘makan luar’, isteri taat layan nafsu seks setiap hari - “Saya tunaikan sampai melecet!”
ARTIKEL BERKAITAN:Dah la sengkek, kalau jumpa cuma nak seks! Wanita menyesal jadi bini kedua... Suami rupanya tak mampu, lebihkan isteri pertama
"Sekarang enam cahaya mata. Jadi kalau anda nak kahwin perempuan Arab, pastikan ada kebun tongkat Ali belakang rumah," tulisnya berseloroh.
Di ruangan balas, beberapa pelayar Thread turut mengakui kesahihan cerita dalam hantaran tular itu.
Menurut netizen, mereka juga mengenali individu yang berdepan masalah sama gara-gara berkahwin dengan orang Timur Tengah.

Setiap individu perlu menerima kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing. -Gambar hiasan
"Kakak ipar saya kahwin lelaki Arab pun sama. Hari-hari nak. Kalau hujung minggu, sampai empat ke lima kali sehari. Setiap kali solat kena mandi wajib.
"Ada kawan saya kahwin dengan pak Arab, akhirnya cerai. Bab kuat seks tu memang betul. Kuat cemburu pun ya juga.
"Ada orang kampung saya kahwin dengan orang Timur Tengah, terbalik peranakan dia. Jenuh nak berubat," tulis beberapa netizen.


