PERKONGSIAN seorang wanita tentang pertemuannya dengan lelaki tidak dikenali sewaktu beriadah mandi sungai di Selangor mengundang perhatian ramai.
Menerusi Thread, wanita berkenaan mendakwa dia diberikan sebungkus kari daging biawak untuk dibawa pulang selepas menikmati nasi ayam penyet secara percuma.
"Waktu tu saya mandi sungai. Pakcik tu memanggil saya sambil lambai tangan. Dia belanja nasi ayam penyet dan bagi sebungkus kari daging (untuk di bawa pulang).

Foto hasil carian wanita berkenaan di internet demi mengenali rupa daging biawak. -Gambar hiasan
"Saya memang tak tengok (periksa) apa yang dia bagi. Saya balik ke rumah, bersihkan badan kemudian terus simpan dalam peti ais," katanya.
Dipercayai pada ketika itu wanita berkenaan tidak mengesyaki sesuatu yang pelik sehinggalah pada keesokan harinya sewaktu dia mahu memanaskan lauk pemberian pakcik tersebut.
"Keesokan harinya baru saya panaskan lauk yang pakcik tu bagi.
ARTIKEL BERKAITAN: BF tunjuk ciri biawak hidup... Wanita ‘pejam mata’ sebab diri dah berusia, wajah pun biasa! Tak nak membujang sampai tua
ARTIKEL BERKAITAN: Janda kerja bank kutuk suami orang biawak hidup... Diam-diam bawa balik rumah, tolong basuh baju siap 'transfer' duit
"Apabila dah makan baru tersedar kenapa daging tu (rasa) pelik semacam," ceritanya lagi.
Tambah wanita itu, dia kemudiannya cuba membuat carian di internet bagi mendapatkan kepastian tentang jenis daging yang dimakannya.
Paling menimbulkan keraguan ialah keadaan daging berkenaan yang kelihatan kehitaman dan bersisik.
"Tapi daging tu tak banyak. Namun masih ada rasa sangsi kenapa daging tu bersisik. Saya dah cuba tengok (rupa bentuk) daging landak. Daging landak kulitnya cerah, tak hitam macam saya dapat tu.
- Wanita menerima kari daging daripada lelaki tidak dikenali ketika mandi sungai di Selangor.
- Dia menyimpan lauk itu dan memanaskannya keesokan hari tanpa memeriksa isi.
- Selepas merasa, dia mengesyaki ia daging biawak berdasarkan carian di internet.
- Wanita itu tertanya-tanya tujuan lelaki tersebut memberinya daging itu.
- Netizen mempersoalkan keberaniannya makan makanan daripada orang asing.
"Yang saya dapat tu macam bersisik dan banyak kulit hitam. Saya rasa betul la saya dapat daging biawak . Tak mengapalah sesekali merasa daging tu," katanya tenang.
Bagi menggambarkan keadaan daging itu, wanita tersebut turut berkongsi beberapa foto hasil cariannya di internet menunjukkan cara penyediaan biawak goreng.
Daripada pandangan mata kasar, keadaannya cukup berbeza jika dibandingkan dengan daging lembu atau kerbau yang biasa dimakan.
Sungguhpun demikian wanita tersebut masih tertanya-tanya mengapa lelaki yang ditemuinya di sungai itu memberikan dia daging berkenaan.

Beberapa komen netizen di media sosial.
"Saya tak faham kenapa pakcik berkenaan tak tahu daging macam tu tak boleh nak dimakan? Atau pakcik tu nak aniaya saya?" demikian persoalan yang bermain di fikirannya.
Hantaran itu ternyata mendapat pelbagai reaksi netizen yang seakan sangsi dengan kesahihan ceritanya.
Malah tak kurang juga yang mempersoalkan bagaimana dia mempunyai keberanian untuk membawa pulang dan makan makanan yang diberikan individu tidak dikenali.
"Memang dah biasa ambil makanan daripada orang tak kenal ke dik? Pelik-pelik je perangai.
"Saya ni kalau orang luar bagi memang tak berani nak makan. Bukan tak husnuzon, tapi biarlah cara saya. Risau bab makanan yang dapat daripada orang tak kenal," demikan kata sebahagian netizen.


