MENDENGAR rungutan dan keluhan pengasuh mengenai tingkah laku anak pastinya memeningkan kepala.
Melalui situasi yang sama, seorang ibu dikejutkan dengan aduan bahawa najis anak kecilnya mengotori karpet di rumah pengasuh.
"Hari ini perangai anak lain sikit, berak tak cakap sampai penuh lampin, sampai tembus bocor kena karpet pengasuh.

Anak yang masih kecil memerlukan penjagaan yang teliti. -Gambar hiasan
"Tadi masa ambil anak, pengasuh merungut dengan nada mengeluh cakap hari ini penat bersihkan lantai," luahnya di lama Thread.
Buntu dengan insiden yang berlaku, wanita yang enggan mendedahkan identiti ini turut mempersoalkan sama ada sikap pengasuh anaknya itu normal atau sebaliknya.
Ia berikutan anaknya baru memasuki usia dua tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh 'redflag'! Anak berak pun mengadu, susu dibekal tak luak... Paling risau si kecil menangis macam fobia
ARTIKEL BERKAITAN: “Sumpah saya tak cengkam dia” - Pengasuh Gen Z nafi dera anak asuhan, beritahu sudah potong kuku selepas ditegur
Pada masa sama, pengadu turut meluahkan kehairanan kerana anaknya seolah-olah 'berat mulut' apabila berada di rumah pengasuh.
"Kalau kat rumah tak pernah bocor sebab anak pandai cakap 'nak bok' (nak cebok).
"Tapi pengasuh cakap kalau kat rumah dia, anak saya berak tak nak bangun, baring sampai tembus ke belakang (lampin).
- Pengasuh merungut anak berusia dua tahun kotorkan karpet akibat lampin bocor.
- Ibu hairan kerana di rumah anak pandai beritahu bila mahu cebok.
- Anak tidak berkelakuan sama di rumah pengasuh, malah berbaring hingga najis tembus lampin.
- Pengasuh kini jaga tiga kanak-kanak berbanding seorang sebelum ini.
- Netizen berbelah bahagi — ada nasihat bersabar, ada pula kritik sikap pengasuh.
"Dulu pengasuh jaga anak saya seorang tapi sekarang dah tiga sebab ada dua adik-beradik umur empat tahun dan enam bulan," adunya sambil menyatakan pengasuh sudah berusia 50 tahun.
Di ruangan komen, ramai memintanya bersabar apabila mendengar rungutan dan keluhan daripada pengasuh.
Malah ada yang menyatakan ia adalah perkara normal kerana menjaga anak kecil bukanlah tugas mudah.

Ramai yang menyatakan pengasuhnya tidak peka.
"Normal untuk pengasuh rasa penat, kalau kita kat rumah kena macam tu pun penat juga, minta maaf dan boleh hadiahkan karpet baru.
"Budak-budak ni susah nak jangka sis, pengasuh awak yang tak normal sebab budak berak memang bau 'semerbak'.
"Saya suri rumah, kejap-kejap cek lampin anak umur dua tahun, berak je terus dapat tahu sebab bau busuk.
"Pengasuh nak mengeluh kenapa? Duit nak, buat kerja tak mahu, apa gunanya bayar bulan-bulan," demikian reaksi warga maya.


