suria

“Sumpah saya tak cengkam dia” - Pengasuh Gen Z nafi dera anak asuhan, beritahu sudah potong kuku selepas ditegur

Foto menunjukkan kesan luka seperti cengkaman kuku orang dewasa pada tangan anak pengadu.

REMUK hati seorang ibu setelah mendapat berita anaknya mengalami kecederaan ketika berada dalam jagaan pengasuh.

Menerusi hantaran di media sosial, si ibu berkenaan berkongsi foto menunjukkan beberapa kesan luka pada lengan anaknya, dipercayai seperti cengkaman kuku.

"Pengasuh WhatsApp, beritahu ada luka dekat lengan anak. Aku terkejut, besar dan dalam sangat kesan kuku, sampai boleh nampak warna kuning macam lapisan lemak," katanya di Thread.

Kerjaya sebagai seorang pengasuh kanak-kanak sepatutnya melaksanakan tugas dengan ikhlas, bukanlah semata-mata kerana wang ringgit. -Gambar hiasan

Runsing memikirkan nasib anaknya, pengadu dalam masa sama mengakui silap kerana tidak memeriksa dahulu keadaan anaknya sebelum dihantar ke rumah pengasuh.

"Jenuh tanya, tapi dia (pengasuh) tak nak mengaku (bertanggungjawab). Tapi aku berani kata hanya aku dan suami yang pegang anak. Kemudian, dia si pengasuh tu," katanya.

Difahamkan pengasuh tersebut sudah pun berkahwin, namun belum dikurniakan zuriat dan hanya mengambil upah mengasuh anak kepada pengadu sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayar RM1,300 bukan untuk kau hempuk anak aku” - Ibu terduduk lihat pengasuh dera si kecil, patutlah tak bagi tengok rakaman CCTV

ARTIKEL BERKAITAN: mStar | Viral Langsung tiada hati perut! Pengasuh kejam tergamak tekup, hempas kepala bayi masih dibedung

Tambah pengadu dia mengesyaki kesan luka pada lengan anaknya itu adalah daripada kesan cengkaman kuku pengasuh.

Dakwa wanita itu sebelum ini dia sering melihat pengasuh berusia 24 tahun itu menyimpan selain mengenakan inai hitam di jari.

"Masa hari kejadian aku terus rush pergi rumah pengasuh tu. Sampai rumah dia aku kata nak cek kuku dia. Rupanya dia dah potong kuku pendek.

"Padahal selama ni setiap kali aku hantar anak memang perasan kuku dia panjang dan aku dah ingatkan supaya potong tapi dia tak peduli," dakwa ibu kepada dua anak itu lagi.

  • Seorang wanita diberitahu oleh pengasuh bahawa terdapat kesan luka pada badan anaknya.
  • Pengasuh itu didapati memiliki kuku yang panjang, mengikuti trend golongan muda masa kini.
  • Bagaimanapun dia bersumpah tidak melakukan penderaan sepertimana kebanyakan pengasuh yang lain.
  • Bahkan dia turut memutar belit cerita bagi meletakkan kesalahan kepada si ibu serta pasangannya atas kecuaian.
  • Netizin menitipkan nasihat agar wanita berkenaan menukar pengasuh bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

 

Ujar wanita itu lagi, dia mengesyaki pengasuh anaknya cuba menyembunyikan sesuatu dengan memberikan pelbagai alasan termasuk bersumpah tidak melakukan sebarang penderaan.

"Haritu memang panjang, kemudian esoknya saya dah potong pendek macam biasa. Sumpah saya tak cengkam dia. Gila la kalau saya nak buat anak orang macam tu sekali.

Tapi biasa la, pengasuh kan. Kalau tak salah pun tetap dipersalahkan," kata pengasuh berkenaan menerusi mesej di WhatsApp.

Bukan itu sahaja, pengasuh muda itu dalam masa sama seakan cuba menyalahkan ibu bapa anak asuhannya.

"Paling tak tahan, dekat chat dia kerap sebut yang luka tu dah kering. Konon nak cakap luka tu dapat dari rumah la semalam, padahal masa aku datang tu luka masih merah lagi.

"Aku selalu pastikan anak aku dalam keadaan selamat, sikit pun mata tak lepas. Mana datang kesan kuku? Kuku kami suami isteri pendek!," luahnya geram.

Antara komen warga maya

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan agar wanita itu berhenti daripada terus menghantar anaknya kepada pengasuh terbabit.

Ujar mereka, cara pengasuh itu memberi penjelasan panjang lebar boleh disifatkan sebagai satu tindakan untuk cuba menutup kesalahan.

"Kalau tak tanya, tapi dia yang explain dan beritahu kita dulu... maaf cakap ini red flag. Bercakap atas pengalaman.

"Terlalu banyak explaination. Aku sebagai mak, tak percaya. Tak nampak macam cengkaman, lebih kepada sengaja tekan guna kuku satu-satu supaya anak awak sakit.

"Jangan hantar dah. Anak awak semakin membesar, makin lasak. Entah apa lagi dia akan buat di luar kawalan dia nanti," demikian nasihat warga maya.

Artikel Lain