SEBELUM melangkah ke alam perkahwinan, kewangan yang stabil amat penting untuk memastikan kehidupan bersama pasangan lebih teratur dan selesa.
Persediaan asas seperti tempat tinggal dan kenderaan perlu diutamakan bagi memudahkan urusan harian selepas mendirikan rumah tangga.
Namun, seorang wanita tular di laman X selepas mendedahkan kisah tunangnya yang tidak mempunyai kenderaan serta lesen memandu.

Banyak wang perlu dibelanjakan untuk majlis perkahwinan dan kehidupan selepas berumah tangga. -Gambar hiasan
"Aku dah nak kahwin tak lama lagi. Tunang aku yang berusia 25 tahun tak ada motosikal dan kereta. Dia pergi kerja naik LRT.
"Aku suruh dia buat lesen motosikal daripada tahun lepas tapi tak siap. Dia cakap tak wajib ada motosikal," kongsi wanita itu.
Tambahnya lagi, kebimbangannya itu berasas memandangkan mereka berdua bakal berpindah rumah selepas mendirikan rumah tangga kelak.
- Kewangan stabil sebelum berkahwin penting untuk kehidupan teratur dan selesa.
- Wanita tular di X dedah tunang tiada kenderaan dan lesen memandu.
- Dia bimbang bakal suami hanya bergantung pada kereta miliknya selepas berpindah rumah.
- Netizen beri pandangan berbeza, ada yang suruh batalkan perkahwinan.
- Ada juga yang pertahan lelaki itu dan anggap isu kenderaan tidak perlu dibesar-besarkan.
"Aku nak dia ada motosikal sebab nanti kami pindah rumah. Dia tak ada pengangkutan pergi kerja. Dan dia nak harapkan kereta aku ke?" soalnya lagi.
Perkongsian itu menerima pelbagai maklum balas pelayar X termasuklah yang meminta agar dia mempertimbangkan keputusan untuk berkahwin.
"Tinggalkan je. Tak ada usaha nak perbaiki kehidupan. Kau bayangkan lepas ni dah ada anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Tunang ugut cederakan diri tiap kali suruh jumpa psikiatri... Tak bersyukur pasangan penat buat OT kumpul duit kahwin
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal tunang lepas raya, wanita pelik rakan ofis teruja nak hadir walau tak dijemput - “Dia dah plan nak pakai apa”
"Bayangkan nanti dah kahwin dan ada anak. Dia masih sama dengan cara dia, semua harapkan kau. Ada terbayang tak?
"Jantan tak guna tu. Boleh pula cakap motosikal dan lesen tak penting," tulis netizen.
Namun, ada juga beberapa individu yang mempertahankan lelaki itu dan meminta pengadu agar tidak membesarkan isu berkenaan.

Kemudahan pengangkutan awam perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat negara ini. -Gambar hiasan
"Apa kata kamu ambil lesen motosikal pula? Kereta bagi suami pakai dan suruh dia bayar maintenance kereta and monthly installment. Petrol pun suruh la dia bayar sendiri.
"Kalau dia selesa pergi kerja naik LRT apa salahnya? Duit dia boleh beli rumah ke, sewa rumah ke nanti, tanggung nafkah kau ke.
"Bagus dia guna pengangkutan awam. Aku tumpang bangga. Motosikal tu bahaya kalau umur 25 pun tak pandai tunggang lagi," tulis netizen lagi.


