suria

Masa berkahwin berlagak mengaku ‘provider’, wanita serah hak jagaan anak kepada bekas suami - “Aku tak mahu dia lupa tanggungjawab”

Sudah menjadi kelaziman golongan isteri membantu suami daripada segi kewangan dan barang keperluan rumah. -Gambar hiasan

LUMRAH seorang ibu pasti tidak mahu berjauhan dengan anak-anaknya.

Namun lain pula situasi bagi wanita ini apabila dia melepaskan hak penjagaan sepenuhnya kepada bekas suami selepas diceraikan.

Di media sosial, dia berkongsi punca tindakan tegas itu dilakukan.

Menurut wanita berkenaan dia juga melepaskan segala tanggungjawab menguruskan anak-anak kepada bekas suaminya.

Suami perlu menyediakan keperluan rumah tangga untuk keselesaan isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan

Suami perlu menyediakan keperluan rumah tangga untuk keselesaan isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan

"Lepas bercerai, aku dah tak kisah pasal yuran sekolah anak-anak, makan pakai anak-anak dan semuanya aku biar bekas suami uruskan," katanya memulakan cerita.

Bagaimanapun sebagai ibu, wanita itu punya cara tersendiri dalam memastikan hal persekolahan anak-anaknya tidak terabai.

"Tiba-tiba yuran anak-anak tertunggak tiga hingga empat bulan, apa aku buat?

"Aku bayar pada cikgu kemudian apabila dia (bekas suami) buat bayaran pada sekolah, cikgu akan transfer balik pada aku," ujarnya di laman Thread.

Menganggap tindakannya itu sebagai satu bentuk pengajaran, dia mahu bekas suaminya menghargai bantuan yang dihulurkan sepanjang tempoh perkahwinan mereka dulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bekerja tak pernah merasa wang suami, terasa hati mentua senang-senang je dapat duit belanja raya

ARTIKEL BERKAITAN: Suami takut ungkapan ‘queen control’, isteri kena marah walau tak buat salah - “Boleh tak jangan suruh depan mak?”

Dia juga menzahirkan rasa kesal kerana bantuan kewangan tersebut menjadikan bekas suaminya lupa akan tanggungjawab kepada keluarga.

"Sekarang biar dia rasa susahnya hidup tanpa bantuan aku, biar perempuan lain yang dengan kau nanti tahu macam mana sengkek hidup kau.

"Sebelum ni nampak kau senang sebab aku pun bantu, kalau tak mampu, boleh tukar anak ke sekolah biasa, ubah gaya hidup, jangan bela perempuan," tambahnya dalam nada geram.

  • Pengadu lepaskan hak penjagaan anak sepenuhnya kepada bekas suami selepas bercerai.
  • Tidak campur urusan anak, termasuk makan pakai dan yuran sekolah, kecuali apabila yuran tertunggak.
  • Anggap tindakan itu pengajaran supaya bekas suami hargai bantuan yang pernah diberi.
  • Punca cerai, bekas suami mengaku dia 'provider' tapi hakikatnya sering minta simpati kewangan.
  • Netizen sokong keputusan dan kongsi pengalaman sama, walaupun risiko disalah anggap tidak sayang anak.

Mengimbas kembali punca penceraiannya, ujar wanita itu bekas suaminya dengan bangga pernah mengaku dia merupakan lelaki provider ketika berlaku curang.

Namun berbeza watak apabila berada di hadapannya sehingga mengundang rasa simpatinya untuk membantu.

"Dengan perempuan lain beria cakap provider. Masa dengan aku, asyik buat muka simpati tak cukup duit, sekarang aku betul-betul buat kau rasa tak cukup duit.

"Kalau orang tanya kenapa aku tak ambil hak penjagaan anak-anak, sebabnya ialah aku tak mahu dia lupa tanggungjawab," tegasnya.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya berkongsi pengalaman masing-masing.

Malah wanita itu dengan tegas menyatakan dia lebih mengenali bekas suami berbanding orang lain.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, termasuk mereka yang melalui situasi sepertinya.

"Padan muka dia, baru ada akal, tapi sesetengah perempuan akan give up pasal hak penjagaan ni sebab orang tuduh tak sayang anak padahal niatnya nak bagi bapa tu jadi manusia.

"Sis memang bijak, saya pernah baca kes ni dulu, cuma ibu kena kuat sikit sebab anak-anak tak ada dengan ibu.

"Bekas suami saya kantoi ada perempuan lain, empat bulan sebelum cerai, saya keluar rumah dan biar dia uruskan semuanya sampai bil tertunggak berbulan-bulan dan dihalau," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain