TATKALA di depan mata, mulut manis berbicara tapi lain pula ceritanya apabila di belakang.
Itulah pengalaman pahit yang dilalui seorang wanita apabila terpaksa melayan keluarga mentua yang kononnya berkelakuan baik setiap kali bertandang ke rumahnya.
Namun dakwa wanita ini di Threads, pelbagai cerita buruk pula dijaja dan disebarkan oleh ibu mentua dan adik-beradik ipar kepada saudara-mara lain sebaik pulang ke kampung.

Golongan menantu pastinya terasa hati apabila diperlekeh mentua sendiri. -Gambar hiasan
"Mereka canang dekat saudara-mara yang saya ni isteri pemalas. Dikatakan juga masak tak sedap, anak-anak terbiar dan saya ni sebenarnya tak ada duit tapi berlagak duduk rumah mahal.
"Senang cerita, semua yang mereka cakap tu fitnah belaka. Mak mentua saya ni suka sangat buat-buat sakit la apa la nak suruh suami simpati dekat dia.
"Tambahan lagi adik-adik ipar suka sangat cucuk (menghasut) suruh suami saya dengar cakap mentua," ujar wanita ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua, kakak ipar sakan sindir menantu perempuan... Dituduh malas masuk dapur, asyik nak ‘berkepit’ dengan anak
ARTIKEL BERKAITAN: Demi puaskan hati mentua nak makan kenduri, menantu dalam pantang terpaksa berhimpit dalam kereta... Kena hadap perjalanan 6 jam!
Menurut wanita itu juga keluarga mentuanya sering berkunjung tanpa memaklumkan lebih awal, sehinggakan ada kalanya mereka tiba-tiba sudah berada di Kuala Lumpur.
Pengadu turut meluahkan rasa terkilan apabila masakannya pernah dibuang sebanyak tiga kali oleh keluarga mentua, sekali gus membuatkan dia hilang semangat untuk memasak.
"Mereka nak makan rendang daging jadi saya rebus daging tu empat jam nak bagi lembut. Dengan kaki saya bengkak mengandung lapan bulan dah.
- Seorang wanita mendakwa keluarga mentua menabur fitnah di belakang.
- Ibu mentua berpura-pura sakit untuk meraih simpati suami pengadu.
- Manakala adik-beradik ipar pula sering menghasut suami supaya mengikut cakap ibu mereka.
- Masakan wanita itu pernah dibuang tiga kali oleh keluarga mentua, termasuk rendang daging yang dimasak ketika mengandung lapan bulan.
- Netizen menasihatkan agar tidak menjemput tetamu seperti itu dan mencari alasan untuk elak kunjungan.
"Lepas tu bapa mentua dan suami saja yang makan... tapi mereka yang lain tidak. Cuit sikit-sikit je lepas tu buang. Tobat lahum (serik) tak mahu masak dah," imbas wanita itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan pandangan bahawa tetamu seperti keluarga mentuanya tidak wajar dijemput ke rumah.
Dalam pada itu, ada juga memberi cadangan supaya pengadu mencari alasan bagi mengelakkan daripada keluarga mentuanya terus berkunjung ke rumah.

Komen netizen di media sosial.
"Lain kali apabila dia datang dan tanya tak hidang apa-apa ke? Cakap je dah canang dekat kampung kita tak pandai masak jadi tak berasap la dapur.
"Sebab tu kalau orang datang rumah saya, kena beritahu awal dua minggu sebab orang datang ni, banyak yang umpat dekat belakang. Depan-depan cakap tak apa, tak sepah pun. Bila dah balik, segala aib dijaja.
"Jangan jemput datang rumah dah. Spesis yang bercerita ni, nanti hal saudara-mara pun dia datang cerita dekat kita. Pusing-pusing macam tu la," komen warga maya memberikan cadangan.


