suria

Rita Rudaini meluat tengok orang merokok dalam kedai makan, ‘sound’ pentingkan diri

Rita tegur sikap perokok di tempat awam.

PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir individu yang sengaja merokok ketika berada di restoran.

Bagi Rita, 50, perbuatan sebegitu dianggap tidak menghormati pelanggan lain yang turut berada di situ ketika menikmati makanan.

Malah, lebih teruk apabila individu tersebut seakan-akan tidak mempedulikan tanda amaran bahawa premis berkenaan merupakan kawasan larangan merokok.

Perkongsian Rita di Threads. 

"Paling meluat tengok manusia merokok di tempat yang dilarang merokok. Sah-sah kedai makan itu ada tanda 'no smoking'. Buta mata, buta hati.

"Bila perhati, dia nampak kita tengok sebab memang meja sebelah sahaja," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.

Tambah pelakon ini, sikap mementingkan diri sendiri sudah cukup untuk menggambarkan keperibadian seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini turun padang sokong program CSR sekolah anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai jalan terbaik, jangan guna alasan kasihan anak - Rita Rudaini

Bahkan, menurutnya, mana-mana individu yang melakukan perbuatan sama seolah-olah tidak menghiraukan perasaan orang lain.

"Muka poyo, tiada common sense. Orang macam ini dah tahu sikap dia macam mana.

"Tak fikir orang keliling. Pentingkan diri," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain