suria

Lagu sudah siap, Aldi Taher pasang niat duet dengan Siti Nurhaliza

MULA memfokuskan bidang nyanyian di Malaysia, penyanyi, pelakon dan pelawak Aldi Taher meluahkan hasrat ingin berduet dengan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Aldi, 43, berkata dia sudah lama memasang impian tersebut sejak zaman remaja kerana dirinya sememangnya peminat setia Biduanita Negara itu.

"Ini memang impian saya. Dari dulu lagi saya memang minat Datuk Siti Nurhaliza," katanya kepada mStar.

Aldi mahu serius dalam bidang nyanyian.

Aldi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi beramah mesra bersama Aldi Taher yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Malah katanya, lagu untuk duet itu juga sudah tersedia dan hanya menanti peluang yang sesuai.

Dia turut menyifatkan Siti sebagai ‘living legend’ dan berharap impiannya dipermudahkan suatu hari nanti.

“Saya ada sebuah lagu berjudul Adam dan Hawa dan saya berharap sangat kalau ada rezeki, saya dapat berduet dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu lagi jaja kisah sensasi, Aldi Taher buka lembaran baharu... Mulakan bisnes jual burger

ARTIKEL BERKAITAN: 3 tahun kahwin penyanyi Aldi Taher belum sempat ‘honeymoon’, curi-curi malam pertama di set penggambaran

"Saya sudah siap merakamkan lagu itu hanya part Siti Nurhaliza saja belum," kongsinya.

Katanya, dia tidak pernah cuba menawarkan lagu tersebut kepada Siti namun berharap kemunculan di Malaysia dapat merealisasikan impiannya itu.

“Saya perlukan bantuan dan doa daripada kawan-kawan juga. Mana tahu suatu hari nanti Datuk Siti terbuka hati untuk berduet dengan saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aldi melancarkan lagu berjudul Burung Hantu yang mengisahkan sindiran tentang patah hati. 

Aldi muncul dengan lagu berjudul Burung Hantu.

Lagu tersebut lebih beremosi dari segi penyampain namun masih mengekalkan gaya lirik yang tidak dijangka dan luar kebiasaan yang menjadi identiti dirinya.

"Disebalik tajuk yang unik itu tersembunyi naratif jelas tentang kekecewaan dan pengkhianatan dalam hubungan. Burung hantu digunakan sebagai metafora kepada-pihak ketiga.

"Manakala rujukan kepada nasi lemak hidangan ikonik Asia Tenggara menjadi perbandingan yang tidak dijangka, melambangkan ketidakpuasan emosi dengan sentuhan ironi," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain