suria

Radja kembali hiburkan peminat Malaysia, undang ‘Raja Rock’ rai 25 tahun dalam industri

Radja teruja rai ulang tahun bersama peminat Malaysia.

SELEPAS lebih dua dekad mencipta nama dalam industri muzik, kumpulan asal Indonesia iaitu Radja bakal kembali membuat persembahan di Malaysia sempena meraikan ulang tahun ke-25 perjalanan seni mereka.

Menurut vokalisnya, Ian Kasela, konsert yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Julai itu dianggap sebagai hadiah buat peminat atas sokongan terhadap karya-karya mereka.

“Sudah 25 tahun kami berkarya. Perjalanan ini bukan mudah kerana penuh dengan liku-liku dan perjuangan,” katanya.

Radja dianggotai Moldy (gitaris), Ian (vokal) dan Seno (dram). 

Ian berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang diadakan di Telaga Seafood Restoran Cibubur, Jakarta, Indonesia pada Selasa.

Dalam masa sama, dia turut memberi bayangan tentang penampilan istimewa yang bakal membuat persembahan bersama Radja pada malam berkenaan.

“Kalau di Indonesia ada Cinderella, di Malaysia ada Isabella,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pentas bertukar gelap, penonton jerit 'boo' konsert RadjaWali tiba-tiba dihentikan 

ARTIKEL BERKAITAN: Radja trauma insiden ugut bunuh penganjur konsert, bukan penghalang hibur peminat di Malaysia

Biarpun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan tersebut memberi gambaran bahawa Datuk Amy Search merupakan penyanyi jemputan untuk menghiburkan peminat.

Malah, dia juga menzahirkan harapan agar kolaborasi berkenaan bakal terlaksana kerana Amy merupakan salah seorang idola dalam industri muzik.

“Kita cuba jemput Raja Rock, Raja Pop dan 'raja-raja' yang ada di Malaysia untuk kita raikan bersama.

Radja janji persembahan terbaik buat peminat. 

“Secara peribadi, saya harap mungkin ada penampilan daripada artis senior. Harapan saya dapat berkolaborasi dengan Amy Search di atas pentas nanti,” luahnya.

Konsert ulang tahun ke-25 Radja dijangka bakal dipenuhi elemen nostalgia menerusi rangkaian lagu popular mereka seperti Cinderella, Jujur, Manusia Biasa dan Angin yang masih segar dalam ingatan peminat sehingga hari ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain