suria

Sanggup ‘cut’ sendiri dan ulang semula, pengarah puji komitmen Mierul Aiman

Mierul bersama pengarah filem Tarung.

PENGARAH filem Tarung: Unforgiven iaitu Razaisyam Rashid memuji komitmen pelakon Mierul Aiman sepanjang menjayakan watak Hatta dalam filem berkenaan. 

Menurutnya, Mierul sangat menitikberatkan kualiti lakonan sehingga sanggup mengulang semula sesuatu babak jika dia tidak berpuas hati dengan emosi yang dipersembahkan.

“Ramai orang puji lakonan Mierul Aiman, tapi sebenarnya di set penggambaran dia memang sangat menjaga kualiti lakonan.

Mierul memegang watak Hatta dengan baik.

“Kalau dia tak rasa apa yang Hatta rasa dalam babak itu, dia sendiri akan minta cut dan ulang semula,” kongsinya menerusi hantaran di Thread.

Dalam perkongsian sama, Razaisyam turut memuat naik sedutan video memaparkan momen Mierul meminta babak tersebut dirakam semula kerana merasakan dia belum berjaya membawa emosi dengan baik.

Menurut Razaisyam, kesungguhan ditunjukkan Mierul membuatkan watak Hatta berjaya diterjemahkan dengan baik menerusi filem berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahu terkehel semasa jayakan babak aksi, Mierul Aiman anggap bukan isu besar

ARTIKEL BERKAITAN: Filem sebagai karya rujukan, Mierul Aiman percaya bukan pengaruh kes buli… Penonton bijak ambil iktibar

“Mierul memang bagi all out untuk watak Hatta ini. Sebab itu penonton kena tengok sendiri apa yang dia hadiahkan untuk sinema kita,” ujarnya.

Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang kagum dengan komitmen ditunjukkan pelakon berkenaan.

Malah, ada dalam kalangan mereka meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan Mierul selepas melihat prestasinya menerusi filem tersebut.

Selain Mierul, Tarung: Unforgiven turut dibintangi pelakon lain seperti Bront Palarae, Zul Ariffin, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Filem itu sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain