PENGARAH Pierre Andre tidak menolak kemungkinan untuk meninggalkan genre seram sekiranya filem terbaharunya berjudul Nar’sata: Sekutu Setan gagal mendapat sambutan atau kutipan yang memberangsangkan.Pierre atau Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 41, berkata dia sedia untuk kembali memberi fokus kepada genre romantik komedi yang dianggap sebagai 'cinta pertama' dalam kerjaya pengarahannya. "Kalau orang sudah tidak mahu tengok, mungkin saya akan berhenti daripada genre ini. Namun, kalau filem ini meletup, saya sudah ada beberapa idea untuk dikembangkan lagi.Pierre berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Jadi, semuanya bergantung kepada penerimaan penonton. Tetapi kalau sebaliknya berlaku, mungkin ini akan menjadi filem seram terakhir saya."Saya tetap akan gembira kerana boleh kembali kepada ‘cinta pertama’ saya iaitu genre romantik komedi," katanya kepada mStar.Pierre berkongsi perkara itu Ketika ditemui pada malam gala dan sidang media filem berkenaan yang diadakan di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada malam Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun menyepi, Pierre Andre janji tak hilang lagi... Mahu dikenali sebagai ‘King of Horror’ARTIKEL BERKAITAN: Pierre Andre ambil ‘vibes’ Syamsul dan Syafiq Yusof, impi filem arahan mampu kutip lebih RM10 jutaBerkongsi mengenai pencapaian sepanjang bergelar pengarah, Pierre mengakui dia masih mempunyai impian yang belum terlaksana iaitu menghasilkan sebuah naskhah mampu mencecah kutipan pecah panggung."Kekecewaan saya adalah apabila saya sendiri belum pernah lagi dalam hidup mencapai kutipan RM10 juta."Kalau diberi pilihan antara anugerah Pengarah Terbaik atau menjadi pengarah yang pernah berada dalam kelompok kutipan RM10 juta, saya mungkin pilih pengarah yang pernah capai angka itu," jelasnya.Meskipun memasang impian besar, Pierre tetap bersikap realistik dan tidak mahu meletakkan tekanan yang terlalu tinggi terhadap dirinya sendiri.Narsata dibarisi pelakon hebat antaranya Trisha Ooi dan Khatijah Tan. "Sebenarnya saya tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi sampai wajib RM10 juta. Kalau dapat RM5 juta pun saya sudah sangat bersyukur."Tetapi kalau kutipan tidak mencapai jangkaan seperti filem Dajal: Satu Malam Dipedajal atau Jangan Pandang Belakang 2, saya mungkin akan terfikir bahawa penonton sudah tidak mahukan karya saya lagi," tambahnya. Untuk info, filem Nar’sata: Sekutu Setan bakal menemui penonton di pawagam bermula 21 Mei ini menampilkan barisan pelakon seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair dan Fadlan Hazim.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!