suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pierre Andre ambil ‘vibes’ Syamsul dan Syafiq Yusof, impi filem arahan mampu kutip lebih RM10 juta

PELAKON Pierre Andre tumpang gembira melihat kejayaan dua pengarah hebat iaitu Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang berjaya menghasilkan filem box office.

Berkongsi perkara itu, Pierre atau Muhammad Pierre Andre Nazarul Andre, 40, mengakui sudah banyak ketinggalan selepas berehat 10 tahun daripada dunia perfileman.

Malah, dia sama sekali tidak merasakan sebarang persaingan apabila melihat kejayaan pengarah muda lain.

“Saya tak rasa bersaing dengan mereka kerana hakikat musuh sebenar saya adalah diri sendiri, saya ada juga buat kajian untuk jadi macam mereka sekurang-kurang tidaklah ketinggalan jauh. 

“Saya selalu ‘berperang’ dengan diri sendiri dan sejujurnya kejayaan mereka hari ini adalah inspirasi untuk saya menjadi pengarah lebih baik.

“Kalau nak kata ketinggalan dengan Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof, memang ya sebab kejayaan mereka hasilkan tu nampak jelas tapi kalau nak cakap cemburu tu tidaklah sebab saya kenal Syamsul malah kawan lama,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi