suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama dikenali kerana K.O.I, Mya Nana lebih selesa pakai ‘mask’ tutup muka

SELEPAS dua tahun menyertai kumpulan K.O.I,  salah seorang anggotanya iaitu Mya Nana memberitahu dia selesa mengenakan imej bertutup sebagai satu daya penarik kumpulan itu.

Berkongsi perkara itu, Mya atau Nurul Amira Mat Nasir, 29, berkata dia tidak menyangka ramai menyukai kumpulan ini malah namanya juga semakin melonjak naik selepas aktif bersama K.O.I.

“Mungkin ada yang kenal saya sebelum ini tapi bila dengan kumpulan K.O.I imej saya begini, jadi saya ada dua imej berbeza tapi ada juga yang tak kenal sebab mereka kenal melalui kumpulan ini.

“Saya tiada masalah dan selesa dengan imej macam ini sebab kalau dengan kumpulan ni kami lebih fokus kepada kualiti muzik, kalau boleh memang nak sorok sebab pergi mana-mana semua senang kan.

“Asalnya kumpulan ini sebagai projek khas saja sebab tu kami pakai topeng sebab masing-masing ada kerja lain tapi tak sangka pula mendapat sambutan pula,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi