suria

‘Struggle’ sebagai ibu tunggal, Mawar Rashid sebak tinggalkan anak perlu keluar bekerja

MEMBESARKAN anak bersendirian merupakan satu perkara yang tidak mudah bagi semua ibu tunggal termasuk pelakon Mawar Rashid.

Tidak dapat menahan sebak ketika bercerita, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, berkata dia mampu mengharungi semua ujian tersebut adalah hasil sokongan daripada anak-anak dan juga keluarga serta rakan terdekat.

“Mustahil saya tidak tidak ‘struggle’. Banyak benda yang sudah saya lalui namun saya rasa itu adalah keindahan dalam hidup.

“Setiap hari saya berjuang. Bagi saya, sistem sokongan adalah benda yang paling penting. Anak-anak adalah penguat semangat. Setiap kali tengok mereka, saya percaya boleh teruskan.

“Saya takkan berada di sini tanpa sistem sokongan seperti keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Pada saya sistem sokongan sangat penting,” katanya kepada mStar.

Mawar memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa majlis doa selamat filem terbaharu lakonannya, Nar’Sata di Wisma Metrowealth International Group (MIG), Petaling Jaya pada Rabu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi