suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah ramai sangat orang ‘gila’, Iqram Dinzly kembali normal tak suka ikut trend

NAMANYA pernah menjadi sebutan ramai pada tahun 2017 akibat berkelakuan pelik sehingga dituduh gila, pelakon Iqram Dinzly memberitahu dia kini tidak mahu lagi mengulangi tabiat berkenaan. 

Iqram atau Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 44, berkata dia membuat keputusan itu kerana pada hari ini terlalu ramai individu berkelakuan pelik dan ‘gila’.

“Orang nampak itu negatif, tapi itu anugerah paling besar Allah bagi dekat saya. Semasa perkara itu berlaku, saya sebenarnya tenang sahaja. Saya perlu jadi seperti itu (dahulu) untuk dapat imbuhan lain. 

“Namun sekarang ini saya tidak mahu lagi jadi seperti itu sebab ramai sudah gila. Saya ini merupakan seorang yang tidak suka mengikuti ‘trend’ semasa. Saya ini suka melawan arus,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi