suria

VIP buat persembahan di Konsert Adam... Fadlan Hazim tak kecil hati tidak diundang, gembira bekas kumpulan 'comeback'

Fadlan tidak terasa apabila tidak diundang semasa konsert.

PELAKON Fadlan Hazim tampil menjelaskan ketiadaannya bersama kumpulan Versatility In Performance (VIP) semasa Konsert Tukang Gempak Adam yang berlangsung baru-baru ini. 

Jelas Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar, 34, dia tidak mengetahui mengenai kemunculan istimewa tersebut malah tidak mendapat sebarang jemputan untuk persembahan berkenaan.

"Mereka tidak ajak saya semasa konsert itu. Kami ada sahaja berhubung, cumanya mereka tidak ajak saya untuk buat persembahan bersama," katanya kepada mStar. 

Fadlan berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

Fadlan berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Nar'sata : Sekutu Setan di TGV Sunway Pyramid pada Selasa. 

Sementara itu, Fadlan berkata dia tidak berkecil hati tidak menerima undangan menjayakan persembahan berkenaan.

Malah, dia berasa lebih senang dan gembira melihat rakan-rakannya membuat kemunculan semua. 

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka artis Kpop, Fadlan Hazim jadi kegilaan semasa bersama kumpulan VIP

ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan ingin timang cahaya mata semakin membuak-buak, Fadlan Hazim sampai mimpi sudah ada anak

"Tak ada terasa apa sebab memang bagi saya dengan kumpulan VIP itu sudah berakhir sejak tahun 2012. 

"Bila tengok dia orang kembali buat persembahan, saya seronoklah tengok mereka. Buatkan saya terimbau balik memori-memori dulu. 

"Dalam dua tiga tahun itu memang banyak sangat kenangan-kenangan yang kelakar, susah, macam-macam perangai," ujarnya. 

Dalam pada itu, Fadlan terbuka sekiranya selepas ini dia turut diundang untuk kembali menjayakan persembahan bersama kumpulan berkenaan. 

Fadlan ambil keputusan keluar daripada VIP pada 2012. 

"Ya, saya okey sahaja sekiranya mereka mahu ajak saya. Rindu itu mestilah ada. Tapi ada orang cakap, rindu boleh kembali jangan. 

"Tapi saya memang mengaku yang rindu dengan kumpulan VIP," tambahnya. 

Untuk rekod, kumpulan VIP yang dianggotai lima ahli ditubuhkan pada awal tahun 2011. 

Bagaimanapun Fadlan pada 2012 mengumumkan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut kerana tidak mempunyai keserasian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain