suria

Amir Raja Lawak tak malu jual kotak, besi buruk... Tegur individu terlalu berharap sumbangan

Amir jual besi buruk demi mencari pendapatan lebih.

PELAKON dan pelawak Amir Raja Lawak menyelar tindakan segelintir individu yang gemar meminta sumbangan daripada orang lain tanpa berusaha terlebih dahulu.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata dia sendiri tidak malu untuk melakukan kerja-kerja sampingan termasuk menjual barang kitar semula demi mencari wang tambahan.

"Cari duit tepi, jual barang dekat besi buruk, Alhamdulillah dapat RM18.

Amir melalukan banyak kerja untuk mencari sumber pendapatan. 

"Yang selalu mesej minta sumbangan nak beli susu anak, lelaki tidak boleh pergi kerja sebab motor rosak tu, tak cuba ke kutip tin, kotak, cari besi untuk jual?

"Jalan kaki pun boleh, bawa kereta sorong ke," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa. 

Tegur Amir lagi, sikap terlalu berharap kepada ihsan orang lain tanpa usaha sendiri adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku jika individu tersebut masih mempunyai daya fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Amir Raja Lawak perlu jalani pembedahan kedua, sempat kongsi nasihat sebelum jumpa Perdana Menteri

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai prihatin nasib Amir Raja Lawak, tapis banyak tawaran kerja... Bimbang ada ambil kesempatan

"Takkanlah malu cari rezeki cara macam ini, tapi tidak segan mesej orang lain minta sumbangan nak beli susu anak sebab suami tidak boleh kerja alasan motor rosak.

"Ya, betul struggle kita tidak sama, tapi selagi ada daya, tidak salahkan berusaha? Saya yang orang kenal ini pun berniaga air tepi jalan juga," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai barangan yang dijual, Amir menjelaskan bahawa dia mempunyai tabiat menyimpan bahan kitar semula daripada hasil perniagaan air minumannya itu.

Perniagaan merupakan sumber pendapatan utama Amir. 

"Barang itu cuma saya suka simpan-simpan sahaja. Macam kotak, tin dari hasil berniaga itu saya simpan. Bila dah banyak hasil, saya jual. 

"Saya masih menjalankan perniagaan seperti biasa, barang itu cuma saya suka simpan-simpan sahaja. Macam kotak, tin dari hasil berniaga itu saya simpan. 

"Bila dah banyak hasil, saya jual. Saya masih menjalankan perniagaan seperti biasa," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain