suria

Jangan jumpa kalau tiada bajet, Sarimah Ibrahim tegur produser beri janji palsu... Ramai serik nak berlakon

Sarimah luah rasa kecewa dengan sikap beberapa produser yang tidak bertanggungjawab.

PELAKON dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengarah dan penerbit yang didakwa bersikap tidak profesional. 

Menurut Sarimah, 48, ada segelintir yang memberi tawaran berlakon namun projek tersebut tidak dapat dijalankan kerana kekurangan dana. 

"Kalau sudah tahu bajet itu tidak mampu, saya sarankan tolonglah jangan jumpa kami pelakon-pelakon ini untuk bermesyuarat, mesej dan ambil gambar.

Sarimah berkongsi perkara itu di halaman Threads. 

"Selepas itu beritahu suruh kosongkan jadual sampai kami tolak tawaran lain di atas janji awak itu. Sangat tidak profesional sebagai pengarah dan penerbit," katanya menerusi hantaran di aplikasi Threads pada Selasa.

Tambah Sarimah, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut menjadi punca utama ramai pelakon berbakat mula tawar hati untuk meneruskan kerjaya seni.

"Sebab inilah pelakon-pelakon kita ramai serik nak berlakon dan tak ada motivasi nak teruskan. Ramai dilabel sombong padahal mereka tertekan atau kecewa," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kini Kau Tiada’ dah 25 tahun, Sarimah Ibrahim terharu peminat minta versi baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim tak pernah rasa diri cantik, anggap pelakon berusia masih ada ruang dalam industri

Sementara itu dalam satu hantaran berbeza Sarimah turut mengulas mengenai trend industri ketika ini yang didakwa lebih mengutamakan faktor usia dan rupa paras berbanding kualiti lakonan.

Tegasnya, alasan penerbit yang hanya mahu mengambil pelakon muda demi memenuhi kehendak penonton adalah satu tanggapan yang salah. 

"Ada produser kata nak ambil pelakon muda sahaja sebab itu adalah nombor satu yang penonton nak tengok. Bakat kurang penting berbanding umur.

Sarimah tidak setuju apabila rupa mengatasi bakat. 

"Yang paling penting hanya umur untuk mewakili generasi muda dari segi mentaliti dan rupa. Really Malaysia?

"Saya percaya penonton generasi milenial dan Gen Z kini jauh lebih bijak daripada hanya memerlukan penampilan luaran semata-mata untuk mencerminkan tahap intelektual dan cara pemikiran mereka," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain