HANTARAN penyanyi Azmi Saat sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia menyeru orang ramai agar tidak ragu-ragu memberi peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, berkata golongan seperti mereka juga mampu bekerja dengan baik dan berdedikasi setanding individu normal. “Usah ragu untuk buka apa-apa peluang kerja kepada kami. Kalau kami mampu, pasti kami lakukan setanding orang normal.Azmi akui OKU juga setanding orang biasa.“Memang pada awalnya akan perlahan sedikit sebab belum biasa,” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.Dalam perkongsian sama, Azmi turut memuat naik video memaparkan dirinya bergerak pantas menuruni tangga di kediamannya. Video tersebut dikongsi tanpa suntingan sebagai bukti bahawa individu OKU penglihatan juga aktif dan cergas dalam menjalani kehidupan seharian.“Video ini bukan disunting tau. Memang sengaja saya turun tangga laju. Bukanlah selalu saya turun begini.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak tahu orang buta boleh main media sosial, Azmi Saat tunjuk cara balas komenARTIKEL BERKAITAN: Azmi Saat sengaja buat ‘dark jokes’, tergelak baca komen netizen kata makin jauh dengan syurga“Saya cuma nak cerita yang orang buta ini pun cergas. Kami bersukan dan boleh bergerak pantas kalau berada di tempat yang sudah biasa,” ujarnya.Tambah Azmi lagi, majikan tidak seharusnya memandang rendah kemampuan golongan OKU kerana mereka juga mampu memberikan komitmen tinggi dalam pekerjaan selepas menyesuaikan diri dengan persekitaran.“Mula-mula mungkin lambat sedikit sebab belum biasa. Tapi kalau dah mahir, pelumba kereta nombor satu dunia pun kalah tau… cuma dia kena tutup mata jugalah,” selorohnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!