suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya sayang kamu" - Tak sanggup berpisah, wanita simpan mayat bayi dalam 'freezer' selama tiga tahun

Mayat bayi berkenaan disimpan di dalam peti sejuk beku rumahnya.

"SAYA mahu bersama bayi ini selamanya."

Itulah luahan seorang wanita yang ditahan polis selepas dipercayai menyimpan mayat bayi perempuan yang dilahirkan tidak bernyawa di dalam peti sejuk rumahnya selama lebih tiga tahun.

Wanita berusia 32 tahun yang tidak bekerja itu ditahan di Osaka, Jepun atas tuduhan meninggalkan mayat bayinya di bahagian sejuk beku (freezer) sejak Ogos 2022.

Menurut pihak polis, suspek didakwa membungkus mayat bayi tersebut menggunakan sehelai t-shirt sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik lalu disimpan di dalam peti sejuk di kediamannya.

Lebih memilukan, satu mesej tulisan tangan ditemukan pada beg plastik berkenaan ketika mayat bayi itu ditemukan pada 9 April lalu.

"Saya minta maaf, saya sayang kamu," tulisnya.

Hasil bedah siasat mendapati bayi perempuan itu mempunyai berat 315 gram ketika dilahirkan dan dipercayai meninggal dunia dalam kandungan.

Ketika disoal siasat sebelum penahanannya, wanita itu dilaporkan memberitahu dia tidak menghubungi ambulans kerana mahu sentiasa bersama bayinya.

Sebelum itu, wanita berkenaan terlebih dahulu ditahan pada 7 April atas kesalahan disyaki melanggar Akta Kawalan Perangsang (Stimulant Control Act).

Artikel Lain