suria

Tahu isteri jadi bahan umpatan, lelaki ini pertahan tindakan tawar diri cuci najis anak... Tak peduli dilabel takut bini!

Menjaga anak adalah tanggungjawab bersama, bukan tugas isteri semata-mata. -Gambar hiasan AI

TUGAS membesarkan anak sering kali dianggap sebagai tanggungjawab mutlak seorang isteri.

Namun bagi lelaki ini, dia mempunyai prinsip yang cukup mendalam demi menghargai pengorbanan wanita yang dicintainya.

Katanya, imej seorang lelaki sebenarnya akan kelihatan jauh lebih 'gentleman' apabila mereka sanggup menguruskan anak, berbanding bapa yang sekadar melepaskan beban tersebut di bahu isteri semata-mata.

Menurutnya lagi, masa berkualiti antara bapa dan anak sebenarnya sangat terhad memandangkan rutin harian yang biasanya sibuk mencari nafkah.

"Jom normalisasikan ayah yang pegang (jaga) anak. Kebiasaannya masa anak dengan ayah tak selalu ada, lelaki lagi nampak gentleman apabila dukung anak," luahnya di Thread.

Masyarakat masih menganggap lelaki yang menjaga dan mengurus anak sebagai tabu. -Gambar hiasan AI

Masyarakat masih menganggap lelaki yang menjaga dan mengurus anak sebagai tabu. -Gambar hiasan AI

Dia berpendapat, rasa janggal yang sering timbul dalam masyarakat hari ini sebenarnya berpunca daripada sikap segelintir bapa yang kurang memainkan peranan aktif dalam urusan penjagaan anak.

Malah, lelaki ini sempat berkongsi satu kejadian yang menyentuh hati apabila dia sendiri yang mencuci najis anaknya sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

"Semasa raya lepas, aku tahu ada orang mengata isteri. Sebabnya aku yang cuci berak anak.

"Anak aku ni, 100 peratus aku yang jaga kalau aku ada dekat rumah atau semasa bercuti. Masa tu aku tak bagi isteri cuci," ceritanya mengenai situasi tersebut.

  • Lelaki seru normalisasikan bapa urus dan dukung anak sendiri.
  • Anggap lelaki yang jaga anak lebih gentleman dan bertanggungjawab.
  • Dakwa pernah dikata sebab cuci najis anak ketika Hari Raya.
  • Sengaja bantu isteri kerana hargai pengorbanan sepanjang hamil.
  • Netizen puji sikap penyayang dan sifatkan sebagai suami idaman.

Jelasnya, tindakan itu sebenarnya dilakukan atas kerelaan hatinya sendiri kerana tidak mahu menyusahkan isterinya yang sudah bersiap cantik dan tampil anggun pada hari lebaran.

"Aku yang tak bagi bini cucikan sebab dia dah pakai baju meleret, nanti basah pula. Aku tak apalah sebab pakai baju Melayu je," ujarnya lagi.

Meskipun sedar ada mulut-mulut nakal yang mungkin menggelarnya 'suami takut isteri' atau membiarkan pasangan 'melenggang' tanpa berbuat kerja, lelaki ini tetap dengan pendiriannya.

Baginya, segala penat lelah itu tidak setanding dengan kepayahan yang dilalui isteri sepanjang sembilan bulan mengandungkan zuriat mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah sisi gelap suami, hampir sempurna tapi kaki porno! Ramai suruh ‘improve’ layanan, pakai seksi kalau itu pasangan suka

ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis peluk kaki isteri di katil hospital, baru tahu penat urus anak... Menyesal hina bau bawang, tak pandai melaram!

Rata-rata netizen memuji sikap penyayangnya dan menyifatkan dia sebagai contoh 'suami kiriman Tuhan' yang memahami erti sebenar perkongsian hidup.

"Mereka tersakiti dan cemburu sebab suami mereka tak macam abang.

"Green forest man here! Semoga Allah rahmati selalu perkahwinan anda berdua.

"Ayah mentua dulu suruh bercerai sebab anggap saya 'kudakan' anak lelakinya sedangkan saya ni bersalin secara pembedahan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain