SEORANG lelaki tampil membuat pengakuan terbuka tentang kesilapannya sebagai suami yang sering memandang rendah pengorbanan isteri, hanya kerana pasangannya itu kelihatan tidak terurus ketika berada di rumah.Sebelum ini dia mengakui sering merungut melihat keadaan isterinya yang dianggap selekeh, berbau bawang dan hanya memakai baju kelawar lusuh setiap hari. Malah, tanpa rasa bersalah dia sering membandingkan isterinya dengan rakan wanita di pejabat yang sentiasa tampil cantik dan bergaya.Anak-anak aktif menyebabkan para ibu kepenatan untuk mengurus rumah. -Gambar hiasan AI"Tiap kali balik kerja, pantang nampak rumah bersepah sikit, aku akan membebel. Awak ni tak reti melaram ke untuk abang? Macam bibik abang tengok."Isteri aku senyum kelat je sambil susukan bayi kami, dengan tangannya sebelah lagi sibuk melipat kain. Dia langsung tak melawan atau tinggikan suara," katanya dalam satu perkongsian yang menyentuh hati.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya geram sebab dia tidur” - Lelaki cerita punca cerai isteri, tetap lafaz talak tiga walau hanya sekali tak masakARTIKEL BERKAITAN: Penat sampai terlepas marah pada anak... Wanita luah derita jadi ‘bibik’ sejak mentua menumpang di rumahBagaimanapun, tembok ego lelaki itu akhirnya runtuh selepas isterinya tiba-tiba pengsan ketika sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur."Apabila bawa ke unit kecemasan, doktor sahkan dia keletihan melampau dan kurang darah yang sangat teruk."Rupanya dia tak cukup tidur dan sering skip makan semata-mata nak pastikan urusan aku dan anak-anak terurus sempurna tiap-tiap hari," katanya.Lantaran itu, sepanjang seminggu isterinya dirawat di wad, lelaki berkenaan terpaksa memikul tanggungjawab menguruskan rumah tangga dan tiga orang anak kecil sendirian.Pengalaman itu ternyata menjadi pengajaran paling besar dalam hidupnya."Masuk hari ketiga, aku rasa nak gila. Pagi kelam-kabut buat susu, anak menangis nak berak, rumah bersepah tak sampai lima minit dikemas, mesin basuh berpusing tak henti. "Masa tu aku terduduk menangis kat ruang tamu. Barulah aku tahu betapa berat dan penatnya tugas seorang isteri," katanya. Suami mengaku pernah menghina isterinya yang kelihatan selekeh di rumah.Wanita itu pengsan akibat keletihan melampau dan kurang darah.Lelaki tersebut akhirnya faham berat tugas isteri selepas mengurus rumah sendirian.Dia turut sebak selepas tahu isterinya sudah lama tidak membeli keperluan diri.Perkongsian itu menjadi pengajaran agar suami lebih menghargai pengorbanan isteri.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam tempoh tersebut, ketika sedang mencari pakaian untuk dibawa ke hospital, dia secara tidak sengaja menemui buku catatan perbelanjaan isterinya yang mendedahkan kebenaran memilukan."Rupanya dah tiga tahun dia tak beli baju atau mekap baru. Duit belanja yang aku bagi, semua dia habiskan untuk beli lauk-pauk dan keperluan anak-anak. "Tiba kat hospital, aku terus peluk kaki dia menangis teresak-esak minta ampun sebab pernah hina dia selekeh," katanya.Di akhir perkongsiannya, lelaki itu menitipkan pesanan buat para suami agar lebih menghargai pengorbanan isteri dan tidak mudah membandingkan pasangan sendiri dengan wanita lain.Menurutnya, keadaan isteri yang kelihatan tidak terurus sebenarnya mungkin berpunca daripada beban rumah tangga yang dipikul sendirian tanpa bantuan suami.