suria

Penat sampai terlepas marah pada anak... Wanita luah derita jadi ‘bibik’ sejak mentua menumpang di rumah

Kepenatan menguruskan rumah tangga boleh menyebabkan seseorang suri rumah 'burn out'. -Gambar hiasan AI

MENGHORMATI dan melayani mentua sering dianggap sebagai salah satu daripada tanggungjawab seorang menantu.

Namun ia tidak seharusnya menjadi beban sehingga mengorbankan kesejahteraan diri, lebih-lebih lagi apabila segala urusan rumah tangga dipikul sendirian tanpa sokongan sewajarnya.

Itulah situasi yang diluahkan seorang suri rumah apabila dia mengakui berasa seperti 'orang gaji' di rumah sendiri selepas ibu bapa mentuanya tinggal bersama.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan mendedahkan rutin hariannya begitu padat sejak awal pagi hingga tidak mempunyai masa mencukupi untuk berehat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jadi ‘pelarian’ sejak ibu mentua datang menumpang, suami pula suka-suka biar abang penagih masuk rumah

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya menumpang jadi kena sedar diri' – Isteri penat urus rumah mentua, lepas iftar biar pinggan tak cuci

"Sumpah rasa macam bibik dalam rumah sendiri. Mak ayah mentua duduk rumah kami. Aku bangun pukul 4.30 pagi masak sarapan dan lunch untuk mereka.

"Lepas tu kelam kabut urus anak-anak punya barang nak ke sekolah. Waktu petang apabila sampai rumah tak sempat duduk, terus panaskan lauk, buat air panas, masak dinner," tulisnya. 

Setiap permasalahan perlu dibincangkan bersama dengan pasangan agar konflik tidak berlanjutan. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, keletihan yang ditanggung setiap hari membuatkan dia mudah hilang sabar, dan menjadikan anak-anak yang masih kecil sebagai tempat melampiaskan kemarahan.

"Aku penat sampai marah-marah anak. Tak ada satu pun ayat daripada mentua yang comforting

"Mereka memang standby nak duduk dekat meja makan je," ujarnya sambil menambah, mentuanya juga langsung tidak menunjukkan empati apabila anak-anaknya menangis.

"Anak aku kecil lagi. Nangis gaduh tu biasa la. Mentua aku dengar mereka nangis gaduh tu, lagi dia tambah... bukan nak tolong pujuk pun. Tak ada hati perut," ujarnya.

  • Seorang wanita berasa seperti 'orang gaji' di rumah sendiri selepas mentua tinggal bersama.

  • Rutin hariannya bermula seawal 4.30 pagi, memasak dan mengurus anak tanpa henti hingga malam.

  • Keletihan melampau menyebabkan dia mudah marah, terutama terhadap anak-anak kecil.

  • Mentua didakwa tidak membantu malah kurang empati, hanya menunggu hidangan disediakan.

  • Dia bersyukur suami banyak membantu, manakala netizen menasihati agar menjaga kesihatan mental dan berbincang dengan pasangan.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana mempunyai suami yang prihatin dan banyak membantu meringankan urusan rumah tangga. 

"Kalau mak aku tahu, mesti mak aku sedih," tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati, selain menasihati agar dia meluahkan perasaan kepada suami untuk mengelakkan tekanan berpanjangan.

"Dalam keadaan macam ni, suami perlu sediakan pembantu untuk puan uruskan rumah.

"Bukan nak hasut. Hormat macam mana pun, mental health kena jaga sebab awak ada anak-anak.

"Sebab awak usaha nak jadi menantu yang sempurna. Suruh je suami beli sarapan, atau order makanan. Badan sendiri kena jaga sendiri dik," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain