suria

“Saya dah ada Allah!” - Suami tolak pelawaan individu tak dikenali, enggan terima ‘benda’ konon boleh jaga keluarga

Banyak perkongsian di media sosial mengenai taktik yang dilakukan oleh individu tidak dikenali untuk memukau atau memperdaya orang lain. -Gambar hiasan AI

ZAMAN mungkin sudah moden, namun kepercayaan karut dan helah kotor untuk memperdaya orang lain nampaknya masih belum lenyap.

Justeru, tidak salah untuk orang ramai bersikap lebih berwaspada, lebih-lebih lagi jika didekati individu tidak dikenali yang menawarkan sesuatu dalam keadaan mencurigakan atau tanpa sebab munasabah.

Perkara itu dikongsikan seorang wanita menerusi media sosial selepas suaminya berdepan pengalaman mencurigakan ketika berada di tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela hati serah barang kemas dipakai dakwa dipukau, pelaku tenang buat jenayah! Lebih 24 jam baru sedar emas hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis nampak mat salih dipukau depan mata... Buka dompet, biar duit diambil! Ada netizen suruh ‘tunjuk hero’ pergi halang

"Rasa tak sedap hati. Husband cerita apa yang berlaku dekat tempat kerja. Ada seseorang yang dia tak kenal tiba-tiba datang dan cakap... saya nak bagi benda ni dekat awak, untuk lindungi awak dan keluarga. 

"Suami saya terus cakap... kenapa susah-susah nak bagi benda ni dekat saya. Saya dah ada Allah yang sentiasa ada dengan saya dan keluarga.

"Selepas suami cakap macam tu, dia marah. Dia cakap... macam ni la pemikiran budak-budak zaman sekarang," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads.

Masih ada segelintir yang mempercayai amalan khurafat untuk tujuan tertentu. -Gambar hiasan

Tidak sedap hati dan mula menghidu perkara yang pelik, wanita itu berkata suaminya menolak tawaran individu berkenaan sekali lagi dengan tegas.

"Suami saya pun tegas cakap kedai tempat dia kerja ada CCTV dan dia tak boleh terima benda yang tiada kaitan dengan syarikat. Kalau pihak syarikat tengok rakaman CCTV, dia dan staf lain boleh dikenakan tindakan," ujarnya.

Selepas itu, individu terbabit terus beredar dalam keadaan marah tanpa berkata apa-apa lagi.  

"Benda yang dia nak bagi tu adalah segulung kertas yang berisi apa tak tahu sebab suami tak buka kertas tu dan tak sentuh langsung. 

"Saya risau sebab sekarang ni banyak isu melepas saka tak bertempat. Nasib baik suami tak baca dan sentuh. Jika tidak, tak pasal-pasal terima macam tu je.

"Harap semua yang baca ni boleh berjaga-jaga. Jangan terima apa-apa yang orang cakap untuk protect diri dan keluarga," ujarnya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman suaminya diberi 'benda pelik oleh seorang lelaki kononnya untuk melindungi keluarga.

  • Suaminya menolak pemberian tersebut dengan menyatakan beliau hanya bergantung kepada Allah.

  • Individu berkenaan didakwa berang selepas 'tawarannya' ditolak.

  • Wanita itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah menerima pemberian daripada orang tidak dikenali.

  • Netizen turut sependapat bahawa setiap individi wajar berwaspada kerana situasi sama boleh berlaku tanpa diduga.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa bimbang serta mengakui bahawa situasi seperti itu sememangnya boleh berlaku tanpa diduga.

"Bukan nak buruk sangka cuma kita kena berhati-hati sebab orang yang tak kenal kan. 

"Bukan apa, memang tertulis akhir zaman orang sekarang senang-wenang nak sihir atau bermain-main dengan benda khurafat. Mujur suami awak tegaskan yang Allah sentiasa ada.

"Kakak saya nurse, jaga ward medical perempuan. Ada makcik tanya kakak, nak tak? Tiba-tiba saja. Kakak saya laju jawab tak nak la cik, acik simpan la sendiri," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain