ORANG kata, tak kenal maka tak cinta.Begitulah juga yang dilalui seorang wanita ini apabila dia menerima 'kejutan' selepas berkahwin dengan lelaki dari Kelantan. Menurut wanita itu, dia sama sekali tidak menyangka akan menerima pelbagai hadiah ketika dibawa menziarahi rumah saudara-mara suaminya.Berkahwin dengan individu dari negeri berbeza memberi peluang untuk seseorang mempelajari budaya baharu. -Gambar hiasan AI"Saya baru je kahwin dengan orang Kelantan. Apabila melawat rumah saudara-mara suami, mereka bagi hadiah."Baru tahu rupanya budaya orang Kelantan, mereka akan bagi hadiah dekat pengantin yang pertama kali melawat rumah mereka."Saya sangat suka budaya macam ni," tulis wanita itu di aplikasi Threads.Wanita kongsi pengalaman berkahwin dengan lelaki dari Kelantan.Dia terkejut menerima hadiah ketika menziarahi rumah saudara mara suaminya.Wanita itu mengakui jatuh cinta dengan tradisi rakyat Kelantan yang pemurah.Ramai netizen di ruangan komen turut berkongsi tentang tradisi berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran tular itu menerima hampir 3,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen tentang tradisi berkenaan."Saya orang Kelantan. Masa kahwin dua tahun lepas, suami pun terkejut dapat banyak hadiah kain pelikat masa melawat rumah saudara-mara. Suami orang Pulau Pinang."Dulu saya tak tahu kenapa suami beria bawa ziarah rumah saudara-mara. Lepas tu, mereka sediakan hadiah. Penuh almari saya dengan hadiah kain pelikat dan kain batik.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kelantan segan dengan negeri sendiri, dakwa banyak rumah tak jaga kebersihan - “Bila datang mesti terkejut beruk”ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu"Saya pun kahwin dengan orang Kelantan. Dapat macam-macam apabila pergi rumah saudara. Dapat tilam, duit dan paling banyak adalah kain pelikat dan batik."Memang tradisi orang Kelantan macam tu. Dekat rumah, mesti ada kain batik dan pelikat ekstra. Biasanya akan bagi dekat saudara-mara yang baru kahwin," tulis beberapa individu.Menurut netizen lagi, tradisi ini turut diamalkan di negeri-negeri lain, namun ia mungkin lebih meluas di Kelantan.