suria

Buka ‘topeng’, jangan skema sangat! Isteri diminta jadi gedik, buat jeritan manja di ranjang supaya suami tak cari lain

Suami pastinya mendambakan layanan istimewa isteri. -Gambar hiasan AI

SIKAP segelintir wanita yang kerap menolak ajakan suami untuk bersama boleh memberi kesan terhadap keharmonian rumah tangga.

Menurut seorang individu, setiap isteri sepatutnya sentiasa menuruti kemahuan suami memandangkan hubungan intim merupakan salah satu elemen penting dalam perkahwinan.

"Wahai golongan isteri, tolonglah jangan jadi skema dan malu-malu apabila bersama dengan suami. Tukarlah perwatakan, buka topeng.

Keengganan isteri melayan suami boleh menjadi punca rumah tangga porak-peranda. -Gambar hiasan AI

"Jadilah miang dan gedik. Keluarkan je semua emosi. Keluarkan semua jeritan manja. Buat suami bangga, buat dia rasa dihargai.

"Beri 100 peratus, Insya-Allah dia tak akan cari orang lain," tulis individu itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Di ruangan komen, beberapa individu khususnya kaum Hawa menyuarakan rasa kurang setuju dengan nasihat berkenaan.

  • Pelayar Thread beri nasihat agar isteri tunjuk gedik untuk pikat suami.
  • Isteri diminta buang rasa malu ketika hubungan intim dengan suami.
  • Isteri juga diminta untuk menunjukkan sikap gedik dan manja.
  • Ramai wanita tak setuju dengan nasihat yang dikongsi individu itu.

Menurut netizen lagi, ada wanita yang masih dianiaya oleh pasangan mereka walaupun sudah memberi layanan kelas pertama.

"Isteri yang ghairah dan menggoda mungkin boleh memenuhi keperluan suami. Tapi itu bukan jaminan dia akan 'terikat' dan tak pandang orang lain.

"Benda ni sementara. Layan macam mana pun, esok lusa dia cari lain. Sayang bukan sebab benda-benda ni je.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri risau suami kerja jauh selalu gersang, suka minta video intim... Wanita dah 11 tahun PJJ tampil beri solusi

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah muak goda suami umur 40-an, buat aksi ghairah pun tiada reaksi - “Dia kata yang halal bosan!”

"Kalau dah kaki perempuan, isteri buat apa pun tetap sama. Curang itu pilihan.

"Cakaplah macam mana pun. Dia tetap cari yang lain," tulis beberapa wanita.

Artikel Lain