suria

Berpisah gara-gara hantar kod QR... Gadis dituduh tak sanggup susah senang bersama lepas minta bayar hutang tiket wayang

Perbelanjaan ketika berjanji temu sering menjadi perkara yang boleh menimbulkan perbezaan pandangan antara dua individu. -Gambar hiasan AI

JANJI temu sering dianggap sebagai peluang untuk mengenali hati budi seseorang, selain mencipta momen manis bersama insan yang baru hadir dalam hidup.

Namun di sebalik suasana santai ketika makan bersama atau menonton wayang, soal adab dan tanggungjawab dalam berbelanja juga kadang kala menimbulkan perbezaan pendapat antara pasangan yang baru berkenalan.

Itulah situasi yang dikongsikan seorang wanita selepas dia mendakwa diuji secara 'tidak masuk akal' oleh lelaki yang baru dikenalinya ketika keluar berjanji temu.

"Semalam aku cuti dan decide untuk keluar dengan seorang lelaki yang aku tengah talking stage. Kami lunch di sebuah restoran. Masa nak bayar tu aku keluarkan kad.

"Dia cakap, wow awak nak bayarkan ke? Aku jawab, yeah sure... bab makan I tak berkira pun," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.

Penting untuk memilih aktiviti dan tempat yang sesuai dengan kemampuan masing-masing agar tidak membebankan mana-mana pihak. -Gambar hiasan AI

Tambah wanita itu, selepas selesai makan, lelaki berkenaan mengajaknya menonton wayang dan dia bersetuju tanpa banyak soal.

Disebabkan rancangan itu dibuat secara spontan, mereka membeli tiket di mesin layan diri termasuk makanan serta minuman, dengan jumlah keseluruhan sekitar RM85.

Namun menurutnya, sekali lagi dia terpaksa mengeluarkan kad bank kerana lelaki tersebut hanya berdiam diri ketika proses pembayaran dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah bukan ‘provider’, solat wajib pun tinggal! Janji temu pertama wanita ini serba tak kena, terjumpa lelaki ‘redflag’

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk perangkap sendiri, lelaki ini ajar wanita berlagak diva masa ‘blind date’... Modus operandi ‘touch up’ di tandas gagal!

"Aku keluarkan kad lagi sebab dia buat bodoh je masa nak bayar tu.

"Dah bayar tu aku ambil gambar resit dan bagi dia. Dia pandang aku dan tanya kenapa ni? Aku jawab la... nanti saya hantar kod QR untuk awak bayar saya balik. Dia hanya senyum je," ujarnya.

Tanpa disangka-sangka, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan kemudian menghantar mesej panjang pada awal pagi keesokan harinya dan ingin 'menarik diri' daripada meneruskan perkenalan mereka.

"Awal-awal pagi dia tulis karangan dekat aku cakap aku ni gagal dalam test dia. Katanya aku jenis tak boleh nak bersusah senang la apa la. Apa benda la kau ni? 

"Talking stage nak susah senang apa? Aku dah belanja kau makan pun tak ada cakap apa. Nak test konon," kongsinya lagi.  

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman janji temu dengan lelaki yang baru dikenalinya ketika fasa 'talking stage'.

  • Semasa makan tengah hari di restoran, wanita itu mendakwa dia yang membayar makanan mereka.

  • Ketika mahu menonton wayang, wanita tersebut sekali lagi membayar semua kos sekitar RM85.

  • Wanita tersebut kemudian meminta bayaran semula melalui kod QR.

  • Keesokan harinya, lelaki itu menghantar mesej panjang dan memutuskan untuk berhenti berkenalan, manakala netizen ramai menyokong tindakan wanita itu

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyifatkan wanita tersebut sebagai bijak kerana tidak mudah diperalatkan golongan lelaki yang cuba mengambil kesempatan.

"Harap duit perempuan lepas tu kata perempuan gold digger.  

"Dahlah makan minum kita dah bayarkan, tiket wayang pun kita kena cover jugak? Takpe lah, anggaplah you dah terselamat daripada terkahwin dengan lelaki princess.

"Test konon padahal tak berduit. Kita sama, bab makan, malas berkira. Dah kalau laki tu slow sangat nak bayar, saya akan bayar," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain