suria

Tak sedar bau tengik, lelaki di gim bangga ke hulu hilir tayang badan... Siap yakin nak buka baju sambil angkat besi!

Bau peluh serta pakaian yang busuk boleh mengganggu orang sekeliling. -Gambar hiasan

MASALAH bau badan sememangnya boleh menganggu orang sekeliling, apatah lagi sewaktu berada dalam ruangan yang tertutup.

Menurut seorang pemuda, dia juga pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan di gimnasium gara-gara kehadiran individu yang berbau busuk.

"Tolonglah guna deodorant yang bagus sewaktu bersenam. Ketika di gim, ada seorang abang ni dekati aku dan kawan aku.

Suasana tenang dalam gim boleh terganggu disebabkan masalah bau badan. -Gambar hiasan AI

"Dia tanya okey ke kalau dia nak buka baju? Kami tiada masalah. Tapi badan dia bau tengik. Rasa turn off sebab muka dia kacak, badan pun sado," ujarnya.

Perkongsian mengenai pengalaman ke gimnasium itu turut mengundang pelbagai lagi komen daripada netizen.

"Konon nak tumbuk sandbag. Pakai glove, tiba-tiba rasa lembap belah dalam. Apabila buka balik, terus terhidu bau kepam.

  • Pemuda kongsi pengalaman kurang menyenangkan di gim.
  • Dia mendakwa seorang abang sado memiliki masalah bau badan.
  • Abang sado itu berwajah kacak, namun badannya berbau tengik.
  • Abang sado itu juga selamba bersenam tanpa memakai baju.

"Di gim aku pula ada client terpijak tahi anjing. Tahi tu melekat dekat tikar yoga," kongsi pelayar Thread yang lain.

Selain masalah bau badan, ada yang mendakwa mereka turut berdepan gangguan seksual ketika berada di gim.

"Tengah mandi, tiba-tiba ada orang panjat dinding sebab nak skodeng. Aku ni tak kacak pun tapi ada yang nak ajak mandi sama-sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat abang sado terbongkok, mencangkung di luar kedai nampak pelik... Rupanya leka layan si bulus, auto keluar suara manja

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Abang sado ‘pelaris’ gerai durian, 1.5 tan raja buah terjual setiap hari... Ada waranti, kepuasan pelanggan paling utama

"Saya pergi gim dekat rumah. Kawan saya kata ada orang pasang kamera dalam bilik mandi gim. Nasib baik saya tak pernah guna untuk mandi.

"Coach tu nampak badan saya. Dia datang berbisik, dia kata terima kasih sebab tak pakai sport bra," tulis netizen lagi.

Artikel Lain