Ada sebahagian masyarakat menolak rawatan moden kerana lebih mempercayai perubatan tradisional. -Gambar hiasan AI
TIDAK dinafikan, sehingga ke hari ini masih ramai dalam kalangan masyarakat terutama golongan warga emas yang cenderung menolak rawatan moden kerana lebih mempercayai kaedah tradisional.Dilema inilah yang terpaksa ditelan seorang wanita apabila ibunya sendiri menolak rawatan hospital dan memilih untuk mempercayai kaedah perubatan tradisional bagi masalah kesihatan yang dialami.Segalanya bermula apabila ibunya sebelum ini terpaksa dimasukkan ke hospital selama 10 hari akibat jangkitan serius pada bahagian kaki.Sepanjang tempoh itu, pelbagai rawatan diberikan termasuklah pemberian antibiotik, insulin, serta ubat pencair darah bagi menstabilkan keadaan kesihatannya.Ada sebahagian masyarakat masih mempercayai rawatan tradisional. -Gambar hiasan AI "Sebab ni lah aku benci ubat-ubat kampung. Mak aku sepatutnya bedah kaki untuk buang nanah tapi sebab yang mengubat tu kata tiada nanah terus mak tak nak bedah. "Mak tolak bulat-bulat cakap doktor. Aku penat pujuk mak pergi dapatkan rawatan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Bangun solat dan makan je” - Isteri serba salah suami hidap MDD ‘lalok’ lepas makan ubat, risau kerjaya sektor penerbangan terjejasARTIKEL BERKAITAN: Hampir jadi mangsa ‘keldai ubat’ ke Makkah, wanita dedah taktik licik jemaah sorok barang dilarang dalam bungkusanKini, selepas hampir dua bulan berlalu, keadaan kaki ibunya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih sepenuhnya.Malah, kaki tersebut masih bengkak dan mendatangkan kesakitan setiap kali ibunya cuba berjalan.“Apa yang buat aku terkilan, mak lebih percaya cakap orang luar berbanding nasihat doktor. Kalau jadi apa-apa aku tak akan maafkan,” ujarnya.Ibu sebelum ini dirawat 10 hari akibat jangkitan kaki, disaran jalani pembedahan.Namun, pengamal tradisional mendakwa tiada nanah, menyebabkan ibu enggan dibedah.Keadaan kaki masih bengkak dan sakit walaupun sudah hampir dua bulan.Netizen bimbang risiko rawatan tidak tepat dan kritik sikap segelintir pengamal.Ringkasan ini dijana oleh AITernyata, luahan wanita ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa tindakan sesetengah pengamal perubatan tradisional yang tidak bertanggungjawab boleh membawa padah.Ada yang mendakwa mereka hanya mengejar keuntungan mudah tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap pesakit."Selalu orang yang guna mata batin ni suka tuduh dengan dakwa penyakit berpunca daripada buatan orang. Memang nak merosakkan sillaturrahim. "Bahaya, mereka ni lebih kepada nak duit je. Kalau esok mati pasal ubat mereka bagi tu belum tentu dikenakan apa-apa tindakan undang-undang," komen netizen.