suria

“Bangun solat dan makan je” - Isteri serba salah suami hidap MDD ‘lalok’ lepas makan ubat, risau kerjaya sektor penerbangan terjejas

Isteri atau suami perlu memainkan peranan sekiranya memiliki pasangan yang mempunyai masalah kesihatan mental. -Gambar hiasan AI

NIAT mahu membantu suami pulih daripada kemurungan, namun seorang wanita kini dihimpit rasa bersalah dan buntu melihat perubahan drastik pasangan hidupnya selepas memulakan rawatan pakar.

Segalanya bermula apabila wanita itu mengambil inisiatif membawa suaminya mendapatkan bantuan psikiatri selepas mengesyaki lelaki berkenaan mengalami masalah kesihatan mental.

Hasil pemeriksaan, suaminya disahkan menghidap Gangguan Kemurungan Major (MDD) dan diberikan ubat jenis Quetiapine atau ubat antipsikotik atipikal dengan dos rendah 25 miligram (mg).

"Saya tahu ubat tu beri kesan mengantuk, doktor pun cakap ubat tu untuk baiki tidur dan dapatkan deep sleep (tidur nyenyak). Cuma makan apabila perlu.

Masalah berkaitan kesihatan mental boleh menjejaskan aktiviti dalam kehidupan. -Gambar hiasan AI

"Dah beberapa hari dia makan ubat tu, memang asyik tidur je. Macam dah tak function (jalani kehidupan normal) je saya tengok.

"Bangun sekadar solat dan makan, kemudian dia tidur semula," luah wanita itu di Threads.

Keadaan itu mencetuskan kebimbangan melampau, apatah lagi memikirkan risiko suaminya yang bekerja dalam sektor penerbangan.

"Saya bimbang sebab suami bekerja syif. Lepas tu dia pula nak kena menandatangani dokumen berkaitan kapal terbang.

"Saya risau risiko (kesan pengambilan ubat) membuatkan dia nampak letih dan 'lalok' ketika menjalankan tugas yang berisiko tinggi," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri depresi sampai level nak bunuh diri, lelaki ini kongsi cabaran, “Kami sendiri terus-terang je, tak ada malu-malu”

ARTIKEL BERKAITAN: Remuk hati dapat tahu pesakit sendiri rupanya ex-GF suami! Dah banyak kali ’bersama’, depresi ditinggalkan macam sampah

Meskipun menyedari ubat tersebut bertujuan memberikan rehat yang secukupnya, wanita ini mengakui dia kini dihantui perasaan serba salah kerana dialah individu yang beria-ia membawa suaminya mendapatkan rawatan pada awalnya.

"Saya pula yang tiba-tiba rasa risau, padahal saya juga yang bawa dia berjumpa psikiatri. Dia nampak suka je boleh tidur secara deep sleep macam tu.

“Doktor ada cakap dos tu memang untuk bantu tidur dulu sampai cukup rehat. Tapi saya risau kalau berterusan dan menjejaskan kerjayanya," jelasnya menutup bicara.

Rata-rata netizen yang pernah melalui situasi sama tampil berkongsi pengalaman selepas membaca luahan wanita itu.

Malah, ada individu yang mengalami MDD menasihatkan wanita itu supaya memberi masa kepada tubuh suaminya menyesuaikan diri dengan ubat.

  • Isteri bawa suami mendapatkan rawatan selepas mengesyaki dia mengalami kemurungan.
  • Suaminya didiagnosis dan diberi ubat Quetiapine 25mg untuk membantu tidur.
  • Selepas makan ubat, suaminya kerap tidur hingga dilihat kurang aktif.
  • Wanita itu mula risau kerana suaminya bekerja syif dan terlibat dengan tugas berkaitan kapal terbang.
  • Netizen nasihatkan supaya beri masa kerana kesan mengantuk adalah normal pada peringkat awal rawatan.

"Masa awal-awal makan ubat memang macam ni. Lemau dan asyik tidur. Masuk pejabat pukul 9 atau 10 pagi pun boleh tertidur. Memang ambil masa nak biasakan diri dengan ubat.

"Bagi masa dulu. Awal-awal makan ubat memang ada kesan sampingan mengantuk tu sedikit kuat. Lama-lama akan okay. Saya alami kesan sampingan sama.

"Sekarang tak boleh tidur juga walaupun masih ambil ubat. Lagi satu ubat depresi ada banyak dan dos pengambilan boleh dikawal.

"Jadi percayakan pada proses sebab kalau tak cuba dan bagi masa memang tak nampak kesannya," komen beberapa netizen pada hantaran itu.

Artikel Lain