suria

Isteri kedua alami masalah gatal-gatal kemaluan, syak suami bawa penyakit dari rumah madu - “Disclaimer, aku bukan penyondol”

Lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan segera jika mempunyai masalah kesihatan. -Gambar hiasan AI

MASALAH kesihatan alat sulit kini menghimpit seorang wanita hingga memberi kesan ketara terhadap kualiti hidupnya.

Wanita yang juga isteri kedua itu berkata, selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dan aktif melakukan hubungan kelamin, dia mula mengalami kegatalan di bahagian sulit.

"Sebelum berkahwin dengan suami, bini pertama siap buat syarat. Soal batin suami dia serah sepenuhnya dekat aku sebab dia tak nak. Aku okay sebab tak payah kongsi pistol (alat kelamin) dengan dia.

Masalah dalam rumahtangga termasuk tempat tidur boleh menjadi punca perceraian. -Gambar hiasan AI

"Tapi setiap kali suami balik belah aku, apabila lepas bersama je... kemaluan aku rasa gatal-gatal di bahagian dalam. Selama ni tak pernah jadi sampai ada keputihan, naik jerawat dan berkuping.

"Aku ingat suami pernah cerita bahawa bini pertama selalu gatal dekat kemaluan sampai keputihan. Mereka bergaduh apabila suami tegur dan ajak buat pemeriksaan," dakwanya menerusi luahan di Facebook.

Tambah wanita itu, dia cuba mendapatkan kepastian daripada suaminya sama ada masih bersama isteri pertama atau sebaliknya.

Walaupun si suami menafikannya, pengadu berkata dia tetap dihantui kebimbangan sekiranya wujud risiko jangkitan, apatah lagi dia mengakui adalah seorang yang sangat menjaga kebersihan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Janda bidas 'laki orang' lupa daratan, baru senang sikit gatal ajak kahwin - “Kau bukan nak bantu, nafsu je”

ARTIKEL BERKAITAN: Mak janda bongkar perangai lelaki, suami orang paling gatal! - “Wanita, henti jadi racun hubungan orang lain”

"Apabila jadi macam ni, aku tak nak la bersama (hubungan intim). Aku jadi risau takut suami ada bersama dengan isteri sana. Lepas tu bawa balik penyakit dekat aku pula.

"Apa patut aku buat... kalau menolak ajakan bersama nanti suami kecil hati pula. Benda ni buat aku jadi serabut. Nak buat apa atau cara betul nak tegur suami," ujarnya yang buntu dengan situasi dialami.

Dalam hantaran sama, dia menegaskan perkahwinannya dibina atas persetujuan bersama, bukan kerana merampas kebahagiaan orang lain.

Katanya lagi, hubungan dengan isteri pertama berada dalam keadaan baik walaupun mengakui mereka tidak rapat sebagai madu.

  • Isteri kedua alami gatal setiap kali bersama suami.
  • Masalah muncul selepas lima bulan berkahwin.
  • Teringat madu pernah ada keputihan teruk.
  • Suami nafikan masih bersama isteri pertama.
  • Kini takut bersama, risau jangkitan.

"Disclaimer, aku bukan penyondol ya. Aku nikah dengan laki aku ni madu aku yang approach. Aku dengan madu okey je, cuma tak rapat dan berhubung apabila perlu sahaja," katanya.

Hantaran itu dibanjiri dengan pelbagai cadangan orang ramai termasuk pandangan agar dia turut meminta suaminya melakukan pemeriksaan kesihatan.

"Belikan ubat untuk isteri sana (pertama). Kirim dekat suami awak. Tak mungkin mereka tak bersama. Suami isteri kan.

"Ketiga-tiganya patut pergi klinik bersama buat ujian. Merawat dan bincang bersama. Suami kena main peranan.

"Saya rasa anu laki kau punca, sebab tu isteri pertama kena jangkitan kulat yang teruk. Cuba tanya suami takut kemaluan dia yang bermasalah," komen beberapa netizen.

Artikel Lain