suria

Staf HR tolong ‘mark-up’, tak puas hati calon malu-malu minta gaji ikut kelayakan - “Depan dia aku ubah jadi RM2,800”

Setiap calon yang menghadiri temuduga kerja akan dinilai bukan sahaja berdasarkan pengalaman tetapi merangkumi kriteria lain. -Gambar hiasan AI

DALAM keadaan pasaran kerja yang semakin mencabar ketika ini, ramai pencari kerja terpaksa berdepan persaingan yang cukup sengit.

Malah, ada dalam kalangan mereka yang sanggup mengetepikan soal gaji setimpal asalkan berjaya mendapat pekerjaan daripada terus menganggur tanpa hala tuju.

Situasi hiba ini turut dirasai oleh seorang kakitangan bahagian sumber manusia (HR) di sebuah syarikat yang menceritakan pengalamannya berdepan seorang calon berkelayakan tinggi, namun meletakkan jangkaan gaji terlalu rendah.

Menurut perkongsian tersebut, calon berkenaan memiliki latar belakang pendidikan serta pengalaman kerja yang kukuh, sekali gus menjadikan resumenya kelihatan sangat meyakinkan.

Pencari kerja ketika ini terpaksa bersaing dalam pasaran yang semakin kompetetif. -Gambar hiasan AI

"Sebagai HR, aku pernah terima resume yang agak superb pendidikannya, pengalaman pun boleh tahan.

"Tapi range gaji yang dia letak dalam borang permohonan sangat humble," kongsinya di laman Threads.

Tambahnya, prestasi calon tersebut ketika sesi temuduga juga amat memberangsangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: HR silap hantar dokumen bonus, staf pula kena marah... Terbongkar maklumat sulit, pekerja baharu dapat ‘tinggi’

ARTIKEL BERKAITAN: HR cuba pecat jurutera elektrik ikut ‘pintu belakang’, telefon suruh hantar surat letak jawatan... Guna alasan buta warna!

Calon berkenaan juga tidak segan memaklumkan sudah menghadiri beberapa temuduga lain sebelum ini namun tidak mendapat sebarang panggilan balas.

Prihatin dengan keadaan itu, kakitangan HR berkenaan mengambil inisiatif untuk menaikkan jumlah gaji calon tersebut secara spontan.

"Dia letak gaji RM2,000. Aku ubah angka itu jadi RM2,800 di depan dia. Dia pandang aku, aku pandang dia, kemudian aku angguk bagi isyarat," ujarnya.

Menurutnya, resume calon berkenaan kemudiannya dibawa ke peringkat pengurusan tertinggi dan akhirnya dia diterima bekerja dengan jumlah gaji 'baharu' yang dicadangkan olehnya.

  • Seorang kakitangan HR berkongsi pengalaman berdepan calon berkelayakan tinggi ketika temuduga.

  • Calon tersebut mempunyai pendidikan dan pengalaman baik, namun meletakkan jangkaan gaji yang sangat rendah.

  • Prestasinya ketika temuduga juga cemerlang walaupun sudah banyak kali gagal dipanggil oleh majikan lain.

  • HR berkenaan bertindak menaikkan gaji daripada RM2,000 kepada RM2,800 

  • Netizen memuji keprihatinan HR serta menyifatkannya sebagai usaha membantu calon mendapat gaji setimpal.

"Aku terus call candidate tu dan dia betul-betul happy. Aku? Lagi la happy," kongsinya.

Perkongsian individu itu mengundang perhatian dengan rata-rata warga maya memuji pendekatannya serta menyifatkan tindakannya sebagai satu contoh keprihatinan dalam dunia pekerjaan yang semakin kompetitif.

Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir serupa, dan melihatnya sebagai usaha membantu calon mendapat ganjaran setimpal dengan kelayakan dimiliki.

"Masa aku interview dulu minta RM8,000. Tapi apabila dapat offer letter dah jadi RM9,000. Alhamdulillah, thank you Allah.

"Betul, selalu jumpa calon yang minta gaji sikit, mostly ada Master. Saya tukar bagi tinggi ikut bajet maksimum yang boss bagi," komen segelintir netizen.

Artikel Lain