suria

Wanita rimas bakal adik ipar bercinta dengan gadis muka tembok, suka ‘flex’ kereta pinjam di media sosial

Dalam sesebuah hubungan, pasangan sering meluangkan masa bersama, sama ada dengan beriadah atau sebagainya. -Gambar hiasan AI

DALAM era digital hari ini, budaya menunjuk-nunjuk kemewahan atau flex dilihat semakin menjadi kebiasaan, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Kecenderungan segelintir individu berkongsi gaya hidup di media sosial kadangkala mengundang pelbagai persepsi, lebih-lebih lagi apabila apa yang dipaparkan tidak mencerminkan situasi sebenar.

Dalam satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap kekasih kepada bakal adik iparnya yang didakwa gemar menunjuk-nunjuk apabila meminjam kereta seolah-olah ia kenderaan kepunyaan sendiri.  

Pasangan bercinta selalunya mencari keserasian melalui interaksi dan masa yang diluangkan bersama. -Gambar hiasan AI

"Normal ke kalau aku rasa menyirap dan sakit mata tengok awek (teman wanita) kepada bakal adik ipar asyik post video dan gambar dekat dalam kereta tunang aku?" luahnya.

Menurut wanita itu, situasi tersebut menjadi lebih menjengkelkan apabila bakal adik iparnya kerap meminjam kereta milik tunangnya semata-mata untuk keluar berjanji temu dengan gadis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal terkilan kawan ‘flex’ dapat nafkah RM11,000 daripada suami, siap WhatsApp tunjuk resit transaksi - “Entah apa niat dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bujang pertikai ibu bapa hantar anak ke tadika swasta, anggap nak ‘flex’... Hujung bulan merungut tak cukup duit

"Lepas tu awek dia bukan main flex post sana sini, rakam-rakam dalam kereta macam itu kereta mereka," tambahnya lagi.

Bukan tunangnya tidak pernah bersuara, namun bakal adik ipar dan kekasihnya itu akan menarik muka seolah-olah tidak dapat menerima teguran.  

Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan rata-ratanya berpandangan tindakan tunangnya menegur adik sendiri sebagai wajar.

  • Seorang wanita kurang senang melihat kekasih bakal adik iparnya gemar ‘flex’ di media sosial menggunakan kereta milik tunangnya.

  • Dia menyirap apabila melihat video dan gambar dirakam dalam kereta tersebut seolah-olah milik sendiri.

  • Lebih menjengkelkan apabila bakal adik iparnya kerap meminjam kereta untuk keluar berjanji temu.

  • Teguran pernah dibuat, namun pasangan itu dilihat tidak dapat menerimanya.

  • Rata-rata netizen berpendapat tindakan ‘flex’ menggunakan harta orang lain tanpa rasa segan boleh memberi persepsi negatif.

Malah ada yang berpendapat tindakan menunjuk-nunjuk menggunakan harta orang lain tanpa rasa segan boleh memberi persepsi negatif, sekali gus mencerminkan sikap sebenar seseorang.

"Normal je rasa macam tu sebab mereka belum kahwin lagi. 

"Nanti awak dah kahwin dengan abang dia, baru take over. Sekarang biar je dulu.

"Tegur baik-baik dekat adik ipar beritahu tak selesa," komen netizen.

Artikel Lain