suria

Poligami tanpa perang... Isteri pertama dedah rahsia bahagia bermadu, siap kongsi jadual bermalam

Suami perlu berlaku adil jika mahu berpoligami. -Gambar hiasan AI

APABILA menyebut tentang poligami, ramai wanita menolak amalan itu atas alasan enggan berkongsi kasih dengan madu.

Namun menurut seorang wanita, dia tetap menjalani kehidupan yang bahagia walaupun suaminya kini beristeri dua.

"Saya isteri yang bermadu. Kalau ada yang tanya kenapa suami berpoligami, jawapannya sebab dia yang nak. Saya setuju sebab suami jujur.

Segelintir wanita menolak poligami kerana tahu kemampuan kewangan suami masing-masing. -Gambar hiasan AI

"Suami tak pernah abaikan saya, tak pernah cuai laksana tanggungjawab. Dia cari ilmu sebelum cari calon isteri baharu. Dia tenangkan saya dulu.

"Dia juga beri kefahaman, baik buruk poligami. Alhamdulillah, saya dan madu mempunyai hubungan yang baik," kongsinya.

Menurut wanita itu lagi, dia dan madunya juga tinggal berdekatan, sekali gus memudahkan suaminya dalam menguruskan dua keluarga.

  • Seorang wanita mendedahkan dia tetap menjalani hidup yang bahagia walaupun bermadu.
  • Dia beri kebenaran untuk suaminya berkahwin selepas diberi penjelasan tentang poligami.
  • Menurut wanita itu, dia dan madunya juga tinggal berdekatan dengan giliran bermalam yang adil.
  • Perkongsian yang dibuat wanita itu tular di Threads dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Minggu pertama, Isnin dan selasa bermalam rumah saya. Rabu dan Khamis rumah madu. Jumaat, Sabtu dan Ahad pula di rumah saya.

"Untuk minggu kedua, Isnin dan Selasa di rumah madu. Rabu dan Khamis rumah saya. Kemudian Jumaat, Sabtu dan Ahad di rumah madu pula.

"Kalau ada yang tak sihat atau suami outstation bawa salah seorang, akan ada ganti giliran. Tapi selalu kami consider je. Mana yang tak perlu ganti, tak payah ganti," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 7 bulan nikah, wanita giat cari madu demi tunai hasrat suami berpoligami... Percaya mampu adil, beri cukup nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik tengok bapa rakan! Poligami walau gaji RM2,000, anak pula 'berderet' - "Bilik-bilik dipisah guna langsir"

Perkongsian yang dibuat menerusi aplikasi Threads itu turut menerima pelbagai reaksi netizen.

"Perempuan macam akak ni memang limited edition. Satu dalam sejuta.

"Kuatnya akak. Saya tak boleh. Terbayang suami tidur dengan perempuan lain. Makan hati seumur hidup.

"Suami akak baik. Sebab tu akak rasa nak kongsi kebaikan suami dengan wanita lain," tulis netizen.

Artikel Lain