suria

Padah ajak suami orang keluar, perangai gatal ‘intern’ perempuan dilapor kepada HR!

Bahagian sumber manusia (HR) bertanggungjawab mengangani aduan melibatkan etika kakitangan. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN profesional di pejabat seharusnya mempunyai batas yang jelas demi menjaga keharmonian dan mengelakkan fitnah, terutamanya melibatkan rakan sekerja berlainan jantina.

Dalam satu perkongsian di Threads, seorang lelaki meluahkan rasa rimas dan kurang selesa apabila sering menjadi sasaran "ajakan mesra" seorang pelatih industri (intern) wanita di syarikatnya. 

Dakwanya, pelatih wanita berkenaan seolah-olah tidak faham bahasa apabila sering mengajaknya keluar bersama walaupun dia sudah berkali-kali menegaskan statusnya sebagai suami orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jaga ‘ikhtilat’ dikutuk enggan keluar makan dengan lelaki ‘ajnabi’ - “Tak rilaks, bukan kita menggatal pun!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah saya over?” - Isteri menggigil baca mesej peribadi staf wanita dengan suami, siap minta tip ‘kejar’ lelaki idaman

"Anda pernah ada pengalaman dengan budak intern perempuan? Hari-hari ajak lunch dan lepak selepas waktu kerja.

"Dah cakap aku ni dah kahwin. Memang benak ke macam mana? Untuk pengetahuan, aku tak pernah lagi keluar atau lepak dengan dia," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menurut pengadu, pelatih wanita berkenaan diakui mempunyai rupa paras menarik, namun dia masih sedar akan batas pergaulan sesama rakan sekerja yang berlainan jantina.

Kemesraan melampau antara rakan berlainan jantina di pejabat boleh menimbulkan fitnah. -Gambar hiasan AI

Enggan membiarkan situasi tersebut melarat sehingga menimbulkan salah faham, dia akhirnya mengambil langkah drastik dengan melaporkan gangguan tersebut kepada pihak sumber manusia (HR).

"Aku dah maklumkan kepada pihak HR. Sekarang kita tunggu saja keputusan nanti.

"Kesian juga, tapi dia patut belajar daripada kesilapannya la kan?

"Aku dah tetapkan batas serta perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan. Tapi dia sendiri yang pilih untuk melanggarnya," katanya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan rata-ratanya memuji lelaki tersebut kerana tidak mudah 'cair' apabila didekati wanita lain.

  • Seorang lelaki meluahkan rasa rimas kerana sering diajak keluar makan dan lepak oleh seorang pelatih industri wanita di tempat kerjanya.

  • Dia sudah berkali-kali memaklumkan bahawa dirinya sudah berkahwin, namun wanita tersebut tetap tidak berputus asa.

  • Walaupun mengakui pelatih wanita itu mempunyai rupa paras menarik, dia tetap menjaga batas pergaulan sebagai suami orang.

  • Disebabkan situasi itu berterusan, lelaki berkenaan membuat laporan kepada pihak HR untuk tindakan lanjut.

  • Warga maya memuji tindakannya kerana menjaga profesionalisme dan tidak melayan ajakan wanita tersebut.

Malah mereka menyifatkan dia mengambil langkah yang tepat demi mengelakkan situasi menjadi lebih rumit kelak.

"Nasihat aku, jangan pernah keluar dengan budak perempuan intern, lagi-lagi, kalau kau dah kahwin. Aku pernah ada dalam situasi kau dulu bro dan ia hampir musnahkan rumah tangga aku.

"Perempuan mahal takkan ajak suami orang keluar. Sila abaikan.

"Dia sebenarnya cari lelaki yang stabil untuk tanggung dia sebab elaun intern kan sikit je," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain